B A B 11

228 26 15
                                    

"Masuk."

Melmawar yang berhenti mengekori José apabila sampai ke kereta Huracan Sterrato hitam milik lelaki itu mula terkial-kial tidak faham. Sudahlah telefon bimbitnya masih ditangan José dan lelaki itu hanya memberi sepatah arahan iaitu 'masuk'.

Masuk?

"Tapi handphone say–"

"I need your phone and you better get inside now, Mawar." Keras arahan José yang sudah jelas tiada kompromi disitu. Mahu tidak mahu Melmawar terus membuka pintu kereta tersebut dan pantas masuk ke bahagian penumpang.

"Kau pandai tengok location?"

Pap!

"Tengok ni and lead me the way." Tidak sempat Melmawar menjawab terus telefon bimbit lelaki itu dilempar diatas pehanya.

"Which way now?" Soal José setelah beberapa minit.

"Ha? Oh, 500 meter exit kiri."

Mengembang rahang Melmawar apabila terasa kereta itu menderu laju membelah jalan. Gayat tubuh badannya terasa melayang sambil tangan sebelah memegang sisi kerusi.

José hanya fokus untuk menuju secepat mungkin sampai ke lokasi Kia Madelin. Amir dan Mus sudah lama mendapat pesanan sejurus sempat lokasi Kia Madelin dihantar oleh José ke alat peranti masing-masing.

Melmawar merenung telefon bimbitnya yang tidak putus-putus mendail nombor Kia Madelin. José yang sedang memandu laju itu cekap menekan ulang nombor kekasihnya yang tidak berjawab.

"F*ck! Jawab Kia!"

Terkinjat bahu Melmawar mendengar jerkahan José sembari stereng itu dihentak keras.

"Biar saya cuba call. Awak tengok location daripada sini," Terus diaktifkan isyarat bluetooth pada skrin map elektronik itu bersambung dengan telefon bimbit José.

Dia tahu, lelaki itu tidak dapat berfikir dengan betul pada awalnya dan dia sebagai pembantu bidan terjun ini perlu memainkan peran. Demi menyelamatkan Kia Madelin, mereka perlu bekerjasama.

Sambil nombor sahabatnya didail, dia menghantar pesanan kepada Kia Madelin untuk mendapat apa saja respon daripada sahabatnya.

'Kau dekat mana Kia? Tolong pegang phone kau sepanjang masa. Aku dengan José on the way pergi dekat kau.'

"Dia respon?" Soal José dengan mata masih terpasak pada jalan dihadapan.

"Tak. Kita jauh lagi ke?" Soal Melmawar tidak dapat membendung rasa cemas. Bebola matanya sudah berkaca-kaca. Tidak mahu berfikir perkara buruk tapi hati tidak dapat menahan rasa gelisah yang menggila. Lagi-lagi hakikat yang Kia Madelin sedang membawa nyawa lain didalam tubuhnya.

"Ya Allah, selamatkan Kia, Ya Allah..."

Ting!

Bunyi notifikasi sebuah pesanan dari telefon bimbitnya menyentak Melmawar. Tangan yang sudah menggigil itu membuka pesanan tersebut.

'Melmawar... such a beautiful name. Cari kawan kau ke? Datang cepat. Lama dia tunggu kau ni. Siap ikat reben lagi.'

"Aw–awak..." Tidak dapat menahan rasa takut, Melmawar sudah menangis histeris. Suaranya bergetar. "Cepat awak! Orang tu dah dapat handphone Kia. Saya tak sedap hati. Cepat!"








Sretttt!

Bunyi geseran tayar pada tar jalan itu bingit sejurus kereta mewah itu diberhentikan mendadak. Mata kedua-duanya membesar apabila melihat kenderaan yang amat dikenali tersadar ditepi jalan itu.

M E L M A W A R [SU]Where stories live. Discover now