B A B 13

218 26 13
                                    

Hujan lebat memaksa tubuh itu merapat pada stereng. Mata sedikit memicing agar lebih fokus pada pemanduan.

"Ya Allah, lebatnya..." Gumamnya dengan dahi berkerut.

Dalam lima minit pemanduan yang memakan masa lebih lama dari biasa disebabkan cuaca yang tidak membantu, kereta yang dipandu Melmawar berhenti didepan rumah teres setingkat yang disewanya sejak tiga bulan lepas.

Klak!

Pintu dibuka pantas lalu tubuh yang sudah disiram rintik hujan deras itu berlari-lari anak untuk membuka pagar.

Penglihatan yang terhad dengan tangan yang licin cuba membuka mangga kunci itu melengahkan lagi masanya.

"Erm!!!"

Terkinjat lalu sontak kunci terlepas jatuh. Matanya membuntang apabila mulutnya ditekup kuat daripada belakang dan tubuhnya merapat pada sekujur tubuh yang jauh lebih besar.

"Diam. Kau menjerit lebih daripada ni aku buat." Meskipun bunyi hujan berdentum mengena tanah tapi suara lelaki itu keras rapat ditelinganya yang berlapik tudung itu jelas pada pendengaran.

Melmawar terasa nafasnya direntap dan tubuhnya kaku menurut tidak melawan.

Dalam mulut masih ditekup kuat itu, mata Melmawar melihat tindakan pantas tangan lelaki itu membuka selak pintu pagar rumahnya.

Saat itu, air matanya sudah mula bertakung.

Tidak semena-mena, tubuhnya didorong paksa dengan langkahnya cuba mengikuti kemana lelaki itu membawanya.

Pap!

Tubuh kecil Melmawar dipusingkan kasar lalu tubuh itu ditolak sehingga terhentak ke dinding. Terpejam matanya menahan sakit.

Saat itu, Melmawar melihat jelas susuk lelaki didepannya yang memakai pelitup mulut yang hanya menampakkan kedua matanya.

Tubuh itu bersarung sweater dan hoodnya menutup cap lusuh yang dipakai diatas kepala.

Tangan itu pantas naik mencekak leher Melmawar. Gadis itu sudah membuntang luas sembari air mata sudah tidak dapat ditahan dari mengalir takut.

"Huh..." Dengusan sinis lelaki itu disebalik pelitup muka. Matanya melirik Melmawar dari atas sehingga kebawah dan anak mata tajam itu naik semula ke wajahnya.

"Kau kawan Kia Madelin kan?" Soalnya.

Meskipun hujan masih lebat, setiap patah perkataan lelaki itu yang berdiri amat rapat dengannya jelas pada pendengaran Melmawar.

"Dia tu tak sepatutnya mati dan aku ingat nak simpan lama sikit. Tapi, tulah..." Lelaki itu berdecit. "Padah mulut celupar." Terkekeh lelaki itu ketawa seolah-olah apa yang dikatakan itu sesuatu yang lucu.

"A–apa?" Spontan Melmawar menyoal apabila dia terkedu dengan apa yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Kawan kau tu perempuan bodoh! Dia ingat aku main-main dengan amaran aku agaknya. Sendiri cari penyakit kan dah melayang dua nyawa. Hahaha!"

Bergetar bibir Melmawar mendengar setiap bait bicara lelaki didepannya yang amat sinis dan hilang akal.

Kejam!

"Aku tahu teman lelaki dia orang besar tapi sikit pun aku tak hairanlah dengan budak setahun jagung tu! José Danté tu tak lama lagi nasib sama macam bapa dia yang pengkhianat tu. Huh!" Lelaki itu mendengus sinis. Melmawar hanya diam tidak mencelah. Diselubungi rasa takut yang menggila, dia sendiri tidak tahu nasibnya sekarang.

"Jadi sekarang..." Lelaki itu menarik pelitup mukanya kebawah dan saat itu jelas tampangnya wajahnya didepan Melmawar.

Jujur. Dia tidak pernah melihat lelaki ini hatta kenal sama sekali.

M E L M A W A R [SU]Where stories live. Discover now