B A B 3

234 15 2
                                    

Selepas 20 tahun,

Rambut basahnya dikeringkan dengan tuala kecil. Tubuhnya juga masih berbalut tuala separas peha. Bibir mungil itu menggigil kecil bila cuaca pagi ini sejuk dari biasa.

Lehernya dipanjangkan menghendap ke jenang tingkap yang cerminnya terbuka separuh.

Berkabus.

"Grr... Sejuk!" Dia terus menghadap cermin semula. Sesekali matanya membelek wajah sebelum anak mata coklat pekat itu terhenti pada satu bahagian ditubuhnya.

Perbuatannya mengelap rambut turut terhenti dan tangan itu dibawa menyentuh pada permukaan tersebut. Jari mengelus pada bentuk itu.

"Mel."

Panggilan itu sedikit membuatnya tersentak sebelum diurut dada yang terkejut.

"Ibu ni... Nasib Mel tak ada sakit jantung." Cemberut wajah cantik Melmawar dengan suara manjanya.

Wanita yang hampir separuh usia itu hanya terkekeh kecil. Dia mendekati Melmawar dan terus mengambil tuala kecil dari tangan gadis itu membantu mengelap rambut lebat panjangnya.

"Dari tadi ibu masuk dah siap letak sarung katil kamu dalam almari pun. Dia yang leka." Mencebik wanita itu sambil tangan tangkas menyikat rambut Melmawar.

Melmawar hanya menyengih menampakkan gigi rata.

Mata ibu memandang cermin di hadapan yang memantul pandangannya pada Melmawar. Dia nampak mata bundar itu tertumpu semula pada kesan parut didada kirinya itu.

"Macam ibu pernah cakap, parut tu tak menentukan siapa Mel yang sebenar. Apa yang tentukan Mel, dalam ni." Jari telunjuknya menekan perlahan pada parut gadis itu. "Itu yang paling penting." Sambungnya.

Saat itu, kepalanya mula teringatkan peristiwa 20 tahun yang lepas. 20 tahun yang akan dibawa bersamanya sampai mati.

Dung dung dung!

Mata yang terpisat-pisat tadi terus segar. Langkahnya yang menapak dilantai kayu koridor itu terus terpaku apabila ketukan pada pintu gerbang itu menyentak pendengaran.

Dia yang baru keluar dari tandas dan mahu menuju kebilik tidur itu mula gugup. Jantungnya tiba-tiba kencang. Sudahlah tengah malam dan hujan pula diluar.

Siapa itu?

Dek kerana akal yang menuntut jangan dengan hati yang tidak selari, akhirnya dia menurut kata hati yang ingin tahu. Nasiblah biliknya terletak disudut paling hampir dengan tangga menuju nef.

Dentuman guruh dan bunyi hujan lebat tidak dinafikan menambah rasa takutnya tapi kaki tetap terus-terusan mendekati pintu gerbang kayu tersebut.

Tinggal beberapa meter mendekati pintu itu, dia menoleh kebelakang jika ada yang turut terjaga dan mengikutinya tetapi tidak. Takkanlah dia saja yang dengar.

Selak dibuka berhati-hati. Ketukan pada gerbang itu juga sudah lama berhenti tetapi dia tetap mahu memastikan. Entah kenapa hatinya berkeras untuk membukanya meskipun rasa takut benar-benar kental.

Mana tidaknya. Dia masih novis disini.

Klak!

Mengecil matanya sejurus angin kencang menyapa wajah apabila pintu gerbang itu dibuka.

Ditoleh kekiri dan kanan tapi tiada siapa dan apa-apa yang mencurigakan. Dengan hujan lebat yang memercik ke wajah, dia terus mahu menutup semula gerbang kayu tersebut.

Namun, tindakannya terhenti apabila suara rengekan kecil terdengar jelas di pendengaran. Terus dia melilau mata mencari punca.

Diperhatikan setiap sudut dan punca suara sehinggalah matanya tertumpu pada kerusi panjang ditepi pintu gerbang.

M E L M A W A R [SU]Where stories live. Discover now