B A B 2

233 15 5
                                    

Amaran Cetus:

Bab ini terdapat babak penyeksaan yang mungkin keterlaluan dan mengganggu mental pembaca. Para ibu mengandung atau yang mempunyai trauma yang berkaitan dinasihatkan untuk melangkau bab ini.

.

.

24 Disember,

Buk!

Buk!

"Bangsat kau tak guna!"

Pang! Buk! Buk!

"Sial mampus kau situ! Puih!" Ludah Ron tepat mengena wajah itu. Dilepaskan batang besi itu sehingga berdenting bunyinya mengena simen lantai.

Tubuh yang dibalun sepuas hati itu juga sudah berlumuran darah dan lunyai dikerjakan. Wajah yang hampir cacat membengkak tidak berupa itu berkeringat dengan liur bertali arus darah tidak berhenti mengalir.

"Bangsat ya kau Jaz. Ada hati nak khianat aku." Diselang tawa nipis sinis dari bibir gelapnya.

Ron yang masih diselubung amarah itu mengembang rahangnya yang diketap kuat. Cerlungan membunuhnya kini tertumpu pada susuk yang sudah bergetar dengan tangisan mendayu disudut ruang tersebut.

Kakinya laju mendekati susuk itu dan tanpa amaran terus dijambak kasar rambut panjang tersebut sehingga terdongak wajah basahnya.

Tangan yang sudah dililit dengan rantai besi dan mangga itu dirapatkan memohon untuk tidak diapa-apakan lagi. Mukanya sudah puas dikerjakan sehingga kebas membengkak sana sini.

"Kau nak lari, Mel?" Soalnya dengan suara tertahan-tahan dicelah gigi. Keras nada itu walaupun tidak menjerkah dan itu lebih membuatkan Mel merinding sehingga ke tulang hitam. Bergetar bibirnya takut dengan tampang pemangsa Ron.

Pak! Pak! Pak!

Wajahnya ditepuk kasar oleh Ron sehingga matanya tertutup rapat.

"Ada hati nak lari ya, betina. Tak cukup kena dengan aku tiga hari dekat sini huh?" Sinis nada Ron rapat di tepi telinga Mel sebelum ditunjal kasar dahi licin itu.

Mel hanya senyap tidak mampu membalas. Sumpah dia takut. Dia merasakan sinar yang tadi hampir dikecapi kini hancur lebur sekelip mata.

Ya tuhan... Sikit saja lagi.

Dia tidak tahu apa yang bakal dilakukan keatasnya tapi dengan sikap Ron yang memperlakukannya tidak ubah seperti binatang cukup membuatkan Mel faham neraka yang bakal menanti. Walaupun, yang sekarang saja sudah cukup merentap segenap akal waras.

Pak!

"Argh! Tstttt!" Terbelalak mata Mel bila hujung jari kaki Ron menendang tepat mengena perutnya sehingga senak ke pangkal rahim. Mengembung pipinya menelan rasa nyilu sesak.

Seluruh badan bergetar dingin menahan rasa sakit yang meresap. Terasa berdenyut-denyut kebas seluruh anggota tubuh. Pendek nafas Mel dibuatnya.

Kalau malaikat maut merentap nyawanya sekarang mungkin tidak terasa apa apabila sakit yang beraja ini sudah memuncak ke ubun-ubun.

Hatta menuturkan rasa sakit pun tidak mampu.

Ya tuhan... bibir pucat keringnya digigit kuat. Air mata laju saja tumpah membanjiri wajah yang sudah berkeringat basah.

Mel cuba menggapai nafas. Dia tidak dapat mencerna apa-apa ketika itu. Matanya perlahan-lahan melotot ke bawah apabila terasa cecair laju mengalir dari kelangkangnya.

M E L M A W A R [SU]Where stories live. Discover now