38' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

314 16 0
                                    

Keesokan harinya,

Arfana terbangun dari tidur kerana badan terasa ditindih. Dia menyentuh badan suaminya yang sedang memeluk erat badannya dalam keadaan menggeletar dan suhu badan yang panas. Dia terus bangun dari pembaringan dan menyentuh dahi Aariz pula. Panas yang tidak biasa dari suhu manusia normal. Tahulah dia bahawa Aariz sedang demam.

" Farras?" Tubuh suaminya di gosok lembut.

" Sayang" Suara halus Aariz terdengar. Paha Arfana dicapai lalu membawa kepalanya ke atas riba Arfana.

" Awak demam ni. Saya ambilkan ubat ya?" Syed Aariz menggeleng tidak mahu.

" Taknak."

" Mana boleh, awak kena sihat. Esok lusa dah nak masuk kerja kan?"

" Taknak."

Dia melekapkan wajah pada perut Arfana lalu mencebik sedih. Perasaanya bagaikan bercampur baur, entah mengapa dia merasa kurang kasih sayang sekarang.

" Abang dah nak mati ke?" Dia bertanya dengan mata yang sudah memanas.

" Apa yang awak mengarut ni Farras?" Marah Arfana.

" Sayang marah Abang." Ujarnya bersama air mata yang sudah menitis satu persatu.

Syed Aariz bangun dari pembaringan lalu duduk membelakangi Arfana. Selimut tebal membaluti tubuhnya hingga ke kepala. Dia menggogoi di tepi katil. Sedih bila dimarahi begitu.

" Farras..." Arfana pula berusaha meraba-raba katil untuk mencari kedudukan Syed Aariz. Sudahlah buta, suami merajuk pula.

" Awak tak sayang saya. Sebab tu awak tak panggil saya Abang. Saya je yang beria. Biarlah, biarlah Tuhan ambil saya. Saya rela."

" Ku menangis membayangkan, betapa kejamnya dirimu atas diriku~"

Arfana meraup muka bila Syed Aariz menyanyi secara tiba-tiba. Dia benar-benar mengantuk sekarang. Dia bertanya pada Siri jam berapakah sekarang lalu menguap bila tahu sekarang baru jam 3 pagi.

" Abang... Marilah sini, Ana tahu ana tak boleh Nampak abang tapi ana boleh rasa abang kat mana. Cuma, ana mengantuk nak pergi sana. Datanglah sini." Arfana menepuk-nepuk pahanya memanggil Syed Aariz untuk berbaring di situ.

Merajuk pula dia pagi-pagi buta macam ni. Tapi tak apalah, jarang boleh tengok Seorang Mejar merajuk dan menangis macam ni.

Syed Aariz mengintai Arfana dari celahan selimut. Bibir menguntum senyum kecil lalu kembali cemberut manja. Dia mengesot lalu melabuhkan kepala di atas paha Arfana. Arfana mengusap kening Syed Aariz hingga mata lelaki itu perlahan-lahan tertutup. Alunan zikir membasahi bibir halusnya. Sebelah lagi tangan naik menyelusuri parut memanjang yang terlakar pada wajah tampan suaminya. Itulah bukti bahawa Syed Aariz Al-Farras berbakti kepada negara.

" How can I leave if I always need you. Saya mungkin tak pernah tunjukkan kasih sayang saya tapi hanya Allah yang tahu betapa cintanya saya pada awak. Di setiap Doa saya, nama awak selalu ada. Dan Tuhan tahu yang Syurga saya selamanya dengan awak."

" Saya tak boleh jadi sempurna macam manusia lain tapi, saya usaha untuk jadi yang terbaik untuk kita." Bisiknya di dalam hati. Arfana melabuhkan bibir di dahi panas Syed Aariz.

Dalam dia tersengguk-sengguk mengulit Syed Aariz, tiba-tiba lelaki itu menangis lagi. Tersedu-sedu di perutnya. Air mata juga sudah membasahi baju Arfana Faiqa.

Arfana Faiqa menggaru kepala yang tidak gatal. Rasanya dia tidak membuat kesalahan fatal lagi dari tadi. Kan? Atau dia terlupa kalau dia ada melakukan kesilapan? Tapi seingatnya, Tiada.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now