ASSALAMUALAIKUM,
Hello dan Salam kenal kepada semua,
pertama, saya ucapkan beribu terima kasih kerana sabar menanti update setiap chapter.
Jauh di sudut hati saya, saya sangat-sangat rasa bersalah sebab dari 2023 sampailah ke 2025, barulah dapat saya tamatkan satu cerita ini. Tapi saya tak pernah lupa, cuma saya tak sempat untuk update setiap hari.
Harap awak semua tak marahkan saya ya.
Dengan ini, saya tamatkan kisah Arfana Faiqa dan Syed Aariz Al-Farras ini dengan Ending yang paling indah. Maka, sampai disini sahajalah pengakhiran kisah hidup mereka. Terima Kasih atas segalanya.
Maafkan saya. Maafkan segalanya sebab saya betul-betul sibuk dengan pelajaran saya saat ini. Doakan saya dapatkan sambung Master pula ye!
Sampai jumpa di lain Dimensi ya!
-
Andai surut air di muara,
tiadalah bererti hilang arus di lautan.
Andai terpisah di persimpangan hayat,
tiadalah bermakna lenyap sudah ingatan.
Setiap bait yang tertulis,
umpama sulaman makna di kain waktu,
tetap utuh meski angin perubahan menderu.
Wahai pembaca budiman,
kiranya takdir membawa kita ke haluan berbeza,
biarlah kata menjadi perantara,
dan kenangan menjadi pengikat jiwa.
Segala yang tercoret di helaian ini,
bukan sekadar tinta,
tetapi tanda kasih yang tidak sirna.
ANDA SEDANG MEMBACA
COMPLETE | | MEJAR'S CODE G28 ( IN EDITING)
Любовные романыSYED AARIZ AL-FARRAS Bagi seorang Syed Aariz Al-Farras, tiada yang lebih menarik selain bermain dengan nyawa sama ada di atas darat atau udara. Kelajuan yang sering menjadi perkara yang akan dilakukan untuk 'healing' bahkan tidak menghiraukan nyawa...
