56' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

725 19 0
                                        

Aariz bangun dari tidur dengan tubuh yang terasa lesu. Kepalanya berat dan badannya panas seperti bara api. Dia mengerang kecil, cuba bangun dari katil, tetapi seluruh badannya terasa lemah. Arfana yang sedang sibuk di dapur mininya di tingkat 2, menyediakan sarapan sederhana, langsung tidak menyedari bahawa suaminya kini terbaring di katil dengan wajah pucat lesi.

"Sayang..." suara Aariz bergema dari bilik tidur.

Arfana mengangkat kening, mendengar suara itu dengan sedikit pelik. Suara suaminya tidak seperti biasa, seolah-olah dia sedang menahan sesuatu. Dia menghentikan aktivitinya dan segera melangkah ke bilik tidur.

Sebaik sahaja sampai di pintu bilik, dia dapat melihat Aariz terbaring di atas katil dengan selimut menutupi separuh badannya. Dia kelihatan lesu, dengan mata separuh tertutup. Aariz menarik nafas panjang, melepaskan satu keluhan yang panjang.

"Farras? Awak okay ke?" tanya Arfana dengan suara penuh risau.

Aariz perlahan-lahan membuka matanya dan memandang Arfana dengan ekspresi sedih. "Abang... Abang rasa ini pengakhirannya, sayang."

Arfana terkebil-kebil seketika, keliru. "Pengakhiran apa?"

Aariz meletakkan tangan ke dahi, merintih kecil. "Abang... abang demam panas ni. Abang rasa... macam abang dah tak lama..."

Mendengar kata-kata itu, Arfana hampir tergelak tetapi dia cuba untuk menahan ketawanya. Dia tahu betapa dramanya lelaki itu bila demam. Arfana mendekati Aariz, dan dengan lembut menyentuh dahinya. Panas. Memang dia demam, tetapi bukanlah sampai ke tahap pengakhiran hidup.

Arfana menghela nafas sambil tersenyum kecil. "Farras, Ini cuma demam panas, bukan kiamat."

Aariz mengerang lagi, kali ini dengan lebih dramatik. "Tapi abang rasa... macam abang takkan survive ni, Sayang. Sayang rasa... kalau abang mati, anak kita akan ingat abang tak?"

Arfana ketawa kecil. "Farras, awak ni kelakar la. Takkanlah anak kita nak lahir dan tiba-tiba lupa ayah dia? Ini demam biasa je."

Namun, Aariz terus dengan dramanya, kali ini menambah dengan lakonan lebih dahsyat. "Sayang... kalau abang tak dapat tengok anak kita lahir... sayang jangan lupa cakap kat dia yang ayah dia seorang wira. Seorang pejuang yang telah... kalah dengan virus kecil."

Arfana menggelengkan kepala, menahan tawa yang semakin sukar dibendung. Dia duduk di sebelah Aariz dan menyentuh tangannya dengan lembut. "Abang sayang, saya takkan lupa bagitahu anak kita yang ayah dia pejuang. Tapi pejuang ni kena kuat, bukannya takut dengan demam!"

Aariz membuka matanya sedikit, mengerling ke arah Arfana. "Sayang... sayang nak kata abang tak kuat ke?"

Arfana mengangguk dengan penuh jenaka. "Saya rasa awak ni over je. Nanti saya buatkan air teh panas, bagi awak minum ubat. Lepas tu, awak tidur, dan saya yakin esok awak dah sihat. Jangan risau, saya takkan biarkan awak 'mati'."

Aariz terdiam seketika, dan kemudian tersenyum lemah. "Tapi... kalau abang mati jugak?"

Arfana ketawa, tidak dapat menahannya lagi. Dia memukul lembut lengan Aariz. "Kalau awak mati juga, awaklah lelaki pertama yang mati sebab demam panas biasa. Semua orang akan tulis dalam sejarah."

Aariz tersenyum kecil, akhirnya berasa sedikit lega kerana dapat membuat Arfana ketawa walaupun dalam keadaan demam. Dia menarik tangan Arfana ke dadanya, memejamkan mata seketika, menikmati momen manis ini. "Abang sayang Sayang, Arfana Faiqa. Jangan tinggalkan abang walaupun abang ni drama lebih."

Arfana membelai rambut Aariz dengan lembut. "Saya takkan tinggalkan awak, Farras. Kalau awak drama sekalipun, saya tetap akan ada di sini."

Aariz membuka mata dan tersenyum nakal. "Betul? Macam mana kalau abang berterusan drama?"

COMPLETE | | MEJAR'S CODE G28 ( IN EDITING)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang