39' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

996 34 3
                                        

" Abang..."

" It's okey Sayang, slow down."

Tangan Arfana Faiqa di pimpin dengan berhati-hati. Ini kali pertama isterinya keluar dari kawasan rumah setelah berbulan-bulan lamanya dia berkurung di dalam rumah. Terketar-ketar badan wanita itu berjalan. Kepala diangkat ke langit, udara segar dihirup penuh. Sudah lama tidak merasai udara luar. Selama ini dia hanya bergantung pada penghawa dingin sahaja.

" Okey?" Arfana angguk menjawab soalan suaminya.

Mereka mahu ke rumah Umi dan Ayah Aariz setelah lelaki itu sihat dari demamnya sebulan yang lalu. Memang lama tempoh lelaki itu demam kali ini. Kata Aariz sendiri, dia tidak pernah demam selama itu. Rasa seperti mahu mati.

Dan selama tempoh itu juga Arfana perlu hadap perangai pelik Syed Aariz setiap hari dan setiap masa. Mereka ada membuat beberapa test tapi bila ditanya, Syed Aariz hanya diam. Jadi dia anggap mereka tiada masalah kesihatan yang teruk lah.

Arfana menyentuh setiap benda yang terkena pada badannya. Daun-daun juga disentuh dan dibelai lembut.

" Beautiful like you." Kening diangkat kepada Aariz.

Syed Aariz membawa tangan Arfana menyentuh bunga Ros di hadapan mereka. Barulah Arfana faham akan maksud tersurat Syed Aariz. Dia lah bunga itu.

" Dia cantik tapi berduri. Tapi Abang sanggup genggam duri tu sebab Dia lah luka dan Dia lah juga ubat."

Terkedu. Tiada kata yang mampu Arfana balas kali ini. Suara tegas tapi lembut Syed Aariz jelas menunjukkan bahawa lelaki itu benar-benar maksudkannya.

" Jom, pergi rumah Umi. Lepastu kita bermalam di rumah Baba ya?" Tangan Arfana ditarik mengikutinya.

Motosikal berkuasa tinggi dituju. Dia mahu Arfana ambil angin luar pula. Topi keledar dipakaikan kepada isterinya masih menayangkan mata bulat comel di hadapannya. Syed Aariz tersenyum melihat kecomelan Arfana Faiqa.

Indahnya ciptaan Tuhan. Terima Kasih, Ya Allah!

" Kita tak boleh naik kereta ke? Saya dah lama tak naik motor..." Adu Arfana dengan nada perlahan.

" Tak apa, Sayang. Abang kan ada." Jejari Arfana di usap.

Tangan kekarnya dilekapkan pada pinggang Arfana Faiqa lalu diangkat ke atas motornya. Terus sahaja tangan Arfana mendarat pada bahu Syed Aariz kerana terkejut. Syed Aariz turut naik ke atas motor dan mengambil tangan Arfana diletakkan ke perutnya.

" Peluk kuat-kuat. Kalau saya laju sangat, tepuk belakang Abang ya?" Arfana mengangguk mengiyakan.

Gear dicungkil dan pemanduan bermula ke rumah Umi dan Ayahnya. Arfana mendaratkan kepala ke belakang badan Syed Aariz, Dia memanfaatkan sepenuhnya angin luar walaupun mata tidak dapat melihat.

Kata Syed Aariz, Lihatlah guna hati.

Tapi, pemandangan mana boleh dilihat dengan mata batin...kan?

Tak mengapalah, mesti ada sebab Tuhan atur hidup dia begini. Semua yang terjadi ada sebabnya dan Dia tahu, segala perancangan Tuhan adalah yang terbaik untuk dirinya.

Doanya, hari ini adalah hari dimana mereka satu keluarga bersatu kembali dan hubungan yang sekian lama terputus kembali terjalin. Umi, Ayah, Farras, dan...Adyan.

" You okey, Sayang?" Soal Syed Aariz setelah memberhentikan motosikalnya di hadapan pintu rumah Umi dan Ayah. Arfana angguk.

Seperti biasa, badan Arfana diangkat turun dari motosikal dan membuka helmet dengan berhati-hati. takut jika Arfana terluka. Tangan dipimpin masuk ke dalam rumah. Salam diberi dan suara garau menyambut.

COMPLETE | | MEJAR'S CODE G28 ( IN EDITING)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang