𝑻𝑨𝑴𝑨𝑻

853 11 0
                                        

𝑻𝒆𝒓𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒂𝒅𝒊𝒌𝒌𝒖, 𝑺𝒚𝒆𝒅 𝑨𝒂𝒅𝒚𝒂𝒏 𝑨𝒍-𝑭𝒂𝒕𝒆𝒆𝒉;

Dendam itu pilihan.

Dia pernah menjadi lelaki yang baik, yang percaya pada takdir. Namun, saat abangnya memiliki wanita yang dulu dia kenali, hatinya mula diselimuti api kebencian. Dia tidak melihatnya sebagai suratan, tetapi sebagai pengkhianatan. Dari saat itu, dendam menjadi nyawanya, membutakan akal dan hatinya.

Kerana dendam, dia memecah belah keluarganya sendiri, menanam kebencian di antara darah daging yang pernah dia sayangi. Kerana dendam, dia hampir menjadi pembunuh, tangannya hampir berlumuran dosa yang tidak terampun. Kerana dendam, dia menyeksa wanita itu, bukan kerana dia membencinya, tetapi kerana dia tidak dapat memilikinya. Dia ingin dia menderita, sebagaimana hatinya pernah terluka.

Namun, dendam tidak pernah memberi kemenangan. Ia hanya merosakkan dari dalam, perlahan-lahan memusnahkan segala yang pernah dia miliki. Dan akhirnya, kerana dendam, dia kehilangan segalanya termasuk nyawanya sendiri.

Di saat nafas terakhirnya, dia sedar, bahawa dendam tidak pernah membawa kepuasan. Ia hanya meninggalkan kehancuran, dan dia kini menjadi mangsa kepada pilihan yang pernah dia buat sendiri.

Dendam itu ibarat racun yang kau minum, tapi mengharapkan orang lain yang mati.

Berdendam tidak akan pernah memberi kebahagiaan, hanya akan menghitamkan hati dan merosakkan diri sendiri. Kau mungkin fikir dengan membalas sakit hati, kau akan merasa puas tapi hakikatnya, semakin kau menyimpan dendam, semakin kau membiarkan diri dikawal oleh rasa marah dan kebencian.

Apa yang telah berlaku, sudah berlaku. Masa tidak boleh diundur, dan takdir Allah itu lebih besar dari kemarahanmu. Jika seseorang telah melukaimu, lepaskanlah dengan keikhlasan. Bukan kerana mereka layak untuk dimaafkan, tetapi kerana kau layak untuk hidup dengan tenang.

Dendam tidak akan mengubah apa-apa, tapi kemaafan boleh membebaskanmu. Orang yang paling kuat bukanlah yang membalas sakit hati, tetapi yang mampu memaafkan walaupun dia punya alasan untuk membenci.

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan menyimpan racun dalam hati. Lepaskan. Maafkan. Dan teruskan hidup dengan hati yang lebih ringan.

Wallahuaklam, Semoga segala yang terbaik adalah Milik Kita.


COMPLETE | | MEJAR'S CODE G28 ( IN EDITING)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang