Arfana Faiqa menggenggam besi katil sekuat hati. Nafasnya terputus-putus, kepalanya berpeluh, dan kontraksi semakin rapat. Jururawat di sisinya cuba menenangkannya.
"Puan, tarik nafas... lepaskan perlahan-lahan..."
"Suami saya... dia dekat mana...?" suara Arfana tersekat-sekat. Tangannya mencari kelibat Syed Aariz, tetapi yang ada hanya tangan jururawat yang menghulur dan doktor yang bersedia di hujung katil.
Air matanya jatuh sendiri. "Farras... saya tak boleh buat semua ni tanpa awak."
Jururawat menggenggam tangannya erat. "Puan, suami puan mesti nak puan kuat. Anak puan dah nak keluar."
Arfana menggeleng. Dadanya sebak. "Saya takut... Saya perlukan dia..."
"Puan, sekarang! Teran puan!"
Arfana mengumpul segala tenaga yang tinggal. Tubuhnya berpeluh lencun, matanya mengeluarkan air mata, tetapi jeritan doktor membuatkan dia berjuang habis-habisan.
"Bismillaaahhh!!"
Seluruh bilik dipenuhi suara tangis dan jeritannya. Dia hampir rebah, tubuhnya lemah, tetapi bayi dalam kandungan ini harus dilahirkan.
Jururawat menekup tangannya pada bahu Arfana. "Lagi sekali, puan! Anak puan dah hampir keluar! Dah Nampak kepala ni Puan!"
Arfana menjerit lagi, perutnya bercamuk dan rasa sedang ditolak dari dalam. Baby pula ditarik dengan segala kekuatan yang ada. Air matanya bercampur dengan peluh, kepalanya pening, dunia seakan berpusing.
Tiba-tiba—
Tangisan bayi memecah ruang!
Arfana teresak-esak. "Anak saya...?" suaranya lemah, tubuhnya hampir tidak terasa.
Doktor mengangkat bayi kecil itu, masih berlumuran darah, sebelum diletakkan di dada Arfana. "Tahniah, puan. Anak lelaki."
Air mata Arfana jatuh laju. Dia mendakap bayi itu dengan sisa tenaga yang ada. "Abang... anak kita..."
Namun, sebelum dia sempat menikmati detik itu, kepalanya semakin berat. Dunia tiba-tiba menjadi gelap.
"Faiqa!"
Suara itu. Arfana mendengar samar-samar. Ada seseorang menggenggam tangannya. Hangat.
Dia perlahan-lahan membuka mata. Cahaya putih di siling bilik hospital menyilaukan. Di sisi, seorang lelaki berseragam penuh duduk di sisinya, wajahnya kusut, matanya merah.
"Farras?" suaranya hampir tidak keluar.
" Ya, Sayang."
Syed Aariz menggenggam tangannya erat, mencium jemarinya satu persatu. "Sayang... maaf... abang tak sempat..."
Air mata jantan Syed Aariz jatuh buat pertama kali. Dia melihat wajah isterinya yang pucat, tubuhnya yang masih lemah selepas melahirkan.
Arfana tersenyum kecil, jari-jemarinya lemah mengusap wajah suaminya. "Awak... balik..."
Syed Aariz mengangguk laju. "Apa pun jadi, abang tetap balik. Abang dah janji dengan Sayang."
Syed Aariz menatap bayi kecil yang sedang nyenyak di dalam inkubator. Dadanya terasa sebak. Dia kehilangan detik kelahiran anaknya, tetapi kini dia ada di sini.
Jururawat membawa bayi itu kepadanya. "Tuan, ini putera tuan."
Dengan tangan yang sedikit menggigil, dia menyambut anaknya. Saat kulit mereka bersentuhan, Syed Aariz tidak dapat menahan diri. Matanya berkaca.
"Anak Daddy..."
Dia mengusap pipi anaknya perlahan, terasa betapa kecil dan lembutnya makhluk itu dalam pelukannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
COMPLETE | | MEJAR'S CODE G28 ( IN EDITING)
RomanceSYED AARIZ AL-FARRAS Bagi seorang Syed Aariz Al-Farras, tiada yang lebih menarik selain bermain dengan nyawa sama ada di atas darat atau udara. Kelajuan yang sering menjadi perkara yang akan dilakukan untuk 'healing' bahkan tidak menghiraukan nyawa...
