59' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

568 14 2
                                        

ISNIN, 28 JULAI.

Lima hari selepas pemergian Syed Aariz. Hari itu bermula seperti biasa, tetapi Arfana dapat merasakan sesuatu yang berbeza di dengan dirinya. Bayi dalam kandungannya semakin aktif bergerak, dan tubuhnya terasa lebih berat daripada sebelumnya. Aariz masih belum kembali daripada misi pentingnya, dan setiap kali Arfana mendapat berita tentang suaminya, hatinya sedikit lega. Namun, bayangan tentang momen bersalin tanpa kehadiran suaminya sering menghantui.

Sejak kebelakangan ini, perasaan rindu dan cemas telah mengiringi setiap langkahnya. Dia cuba untuk menguatkan hati, beritahu dirinya bahawa Aariz akan balik pada waktunya. Tetapi hakikatnya, dia terpaksa hadapi semua ini seorang diri terutama ketika semakin dekat dengan tarikh kelahirannya.

Hari itu juga, seperti hari-hari lain, Arfana menghabiskan masa di rumah sambil berbual dengan bayi dalam kandungannya. Dia tahu Aariz selalu buat perkara yang sama, bercakap dan menyanyi untuk anak mereka yang belum lahir. Dan dia merasakan itu adalah satu-satunya cara untuk menenangkan dirinya dalam keadaan sebegini.

Namun, pada waktu petang, perutnya mula terasa lain. Rasa tidak selesa yang sebelumnya cuma seperti kram kecil kini semakin kuat. Arfana cuba untuk tidak panik.

"Mungkin ni cuma Braxton Hicks," bisiknya pada diri sendiri, memujuk hatinya agar tetap tenang.

Tetapi setelah beberapa jam berlalu, rasa sakit itu mula datang lebih kerap dan semakin kuat. Contraction. Arfana mula bernafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri sambil menghitung masa di antara setiap kesakitan. Dia tahu ini bukan lagi latihan. Bayinya akan lahir dan Aariz masih belum di sini.

Waktu malam semakin menghampiri, dan kesakitan itu semakin tak tertahankan. Arfana berpeluh, menggenggam erat tepi katil sambil cuba menarik nafas dengan teratur. Dia teringat kembali apa yang dipelajarinya dalam kelas antenatal, tetapi sukar untuk kekal tenang apabila dia sendirian menghadapi saat-saat genting ini.

"Ya Allah... kuatkan aku," bisik Arfana, air matanya mula mengalir. Hatinya terasa remuk memikirkan Aariz yang sepatutnya berada di sisinya pada saat ini. Dia cuba untuk menghubungi telefon suaminya, tetapi seperti biasa, tiada jawapan.

Dalam keadaan itu, dia hanya mampu berserah. Takkan dia mahu menyusahkan keluarganya yang berada jauh? Tambahan pula, dia yakin Aariz pasti akan balik pada bila-bila masa. Namun, saat demi saat berlalu, dan kehadiran suaminya masih tidak muncul.

Arfana akhirnya memutuskan untuk bersiap ke hospital sendiri. Dengan kontraksi yang semakin kerap, dia berjuang melangkah ke pintu rumah, memanggil ambulance melalui nombor kecemasan di telefonnya kerana Driver mereka sedang bercuti sekarang. Perasaan takut dan cemas bercampur baur dalam dirinya, tetapi dia tahu dia tidak ada pilihan.

Dalam perjalanan ke hospital, Arfana hanya mampu menggenggam erat perutnya dan menarik nafas dengan teratur. Kesakitan semakin kuat dan jarak antara kontraksi semakin dekat. Dia tahu, dia tidak punya banyak masa. Dengan setiap kontraksi, Arfana cuba fokus pada satu perkara iaitu bayi mereka.

"Farras, kalau awak ada kat sini, mesti awak akan buat lawak bodoh untuk tenangkan saya kan?" bisik Arfana, walaupun air matanya tidak berhenti mengalir. Dia merindui suaminya lebih dari segalanya. Dia mahu Aariz berada di sisinya, memegang tangannya, dan memberikannya kekuatan. Namun, dia juga tahu bahawa dia harus kuat. Dia harus bersedia menghadapi apa yang akan datang. walaupun tanpa Aariz di sisinya.

Setibanya di hospital, para jururawat segera menerpa ke arah Arfana yang sudah basah kuyup dengan peluh. Mereka membawa Arfana ke wad bersalin dengan segera. Proses ini terasa begitu pantas dan mendebarkan. Arfana cuba untuk kekal tenang, namun tanpa Aariz di sisi, hatinya terasa kosong. Dia berjuang sendirian, tetapi pada saat ini, dia hanya mampu memikirkan anaknya.

COMPLETE | | MEJAR'S CODE G28 ( IN EDITING)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang