𝓔PI L𝓞 𝓖

1K 15 1
                                        

"Marriage is not just about happiness in easy times, but about holding on through every storm. They stumbled, they broke, but they rebuilt—stronger, together. For true love is not found in perfection, but in the unwavering choice to stay."


"He is the One who created you from a single soul, and from it, He made its mate so he may find comfort in her."
(Surah Al-A'raf)

" Abang Qal! Ana penat la tidurkan dia! Abang senang-senang je usik dia." Muncung mulut Arfana bertambah panjang bila Abang keduanya itu mengusik anaknya yang sedang lena. Bayi lelaki itu celik mata lalu gelak kepada pakciknya.

Lekas Ardhan Faiqal mengangkat Aezan lalu diberikan kepada Syed Aariz. Lelaki itu hanya menggeleng pasrah. Dia membawa anaknya keluar untuk ditidurkan kembali.

Ardhan Faiqal memeluk bahu adiknya yang sedang duduk di sofa, dengan pakaian orang pantang.

" Dalam banyak-banyak perkara yang Abang dapat dalam dunia ni, keluarga kita adalah anugerah terindah yang pernah abang dapat. Terima kasih sebab kuat. Terima kasih sebab tak pergi tinggalkan kami."

" Masih ingat cerita yang abang pernah cerita dulu? Pasal adik dia taknak panggil dia 'Abang' tu?"

Arfana mengangguk dengan kerutan di dahi. Cerita itu sudah lama tapi mengapa abangnya bertanya pula hari ini.

" Ingat. Kenapa Abang?"

" Cerita tu rekaan Abang je. Sebab sejak dulu Abang teringin sangat nak dengar princess abang ni panggil abang macam tu. Abang cemburu sebab Shan je adik panggil 'Abang'. Mana aci! Tapi sekarang, telinga ni dah dapat dengar panggilan tu." Ardhan Faiqal tayang gigi bila Arfana memandangnya pelik.

" Just tell me, kenapa tak cakap?"

" Well... I rasa tak layak jadi abang you la sis. That's why la-"

Arfana tepuk pipi abangnya. Lembut tapi tetap mengejutkan lelaki itu. Dengan mimik muka Arfana yang garang. Ardhan teguk liur.

" Apa yang Allah bagi dekat Dunia ni satu kelayakan. Sebab Ana layak dapat Abang macam Shan dengan Qal lah, Allah bagi Ana jadi ahli keluarga ni. Tanpa Abang-abang Ana, mustahil adik abang ni boleh hidup sampai sekarang."

Ardhan memegang pipi Arfana, ibu jarinya naik mengelus mata tertutup Arfana. Mata yang dulunya dapat melihat wajah mereka dengan jelas tapi sudah ditarik satu nikmat itu.

" Kerana satu kesalahan, maka terciptalah seribu sesalan."

" Jiwa ni bagaikan nak pecah bila tengok adik kesayangan abang bergelumang dengan darah. Sampaikan jiwa ni meronta-ronta untuk bunuh dia."

Air mata Arfana terus mengalir. Dia bencikan rasa ini. Rasa yang membuatkan dia mahu berhenti dari meneruskan hidup.

" Kenapa nangis ni?" Mama dan Baba datang dari dapur terus menyoal.

" Qal cakap mama kutip dia dekat tong sampah." Ardhan membalas dengan gelak tawa.

" Kamu la yang mama jumpa depan pintu rumah. Tak tahu siapa yang letak. Arshan tahu la cerita ni..." Usai sahaja berkata, mama menunduk sayu. Rindukan anak sulungnya yang sudah tiada.

Ardhan Tarik mama dan baba ke dalam pelukan mereka.

" Baba bersyukur, semuanya telah berakhir. Walaupun ujian kita buatkan kita hilang orang yang kita saying tapi, sekurang-kurangnya, Allah tak ambik semua anak Baba. Arshan cinta pertama baba. Akan selamanya akan jadi cinta pertama Baba." Air mata tua itu mengalir juga di dalam pelukan.

Bagi Baba, Isteri dan Anak-anak adalah anugerah yang paling indah dalam hidup. Tiada apa yang dia mahukan kecuali mereka semua. Cinta hatinya.

Masih hangat terasa pelukan Arshan ketika kecil. Tangisan dan tawanya yang pertama kali dia dengar. Dan sebutan ' Baba' yang pertama dia dengar. Masih segar di ingatan bila Arshan mengusiknya di pejabat. Dia lah manusia yang paling merasakan kehilangan memandangkan mereka berada di tempat bekerja yang sama. Peritnya dirasakan bila datang ke pejabat tanpa usikan anak lelaki sulungnya.

COMPLETE | | MEJAR'S CODE G28 ( IN EDITING)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang