Di dalam bangunan, Ricardo mendengar bunyi tembakan yang semakin hampir. Dia tahu dia tidak mempunyai banyak masa lagi. Dia memutuskan untuk beralih kepada pelan terakhirnya dengan menggunakan laluan bawah tanah untuk melarikan diri bersama beberapa orang anak buahnya.
Sebelum mereka sempat melarikan diri sepenuhnya, mereka mendapati laluan bawah tanah mereka telah disekat oleh pasukan penjinak bom. Ricardo, yang kini terperangkap, tidak mempunyai pilihan lain selain menghadapi situasi tersebut.
"Surrender now, Ricardo! We've got you cornered," teriak D'ylan melalui alat komunikasinya, memaksa Ricardo untuk menyerah.
Ricardo melihat sekeliling dan mendapati tiada jalan keluar. Dengan terpaksa, dia akhirnya menyerah diri. "Alright, alright! I give up! Just don't blow the place up."
Dengan Ricardo dan anak buahnya akhirnya menyerah, pasukan D'ylan dan Aariz memulakan proses pengendalian dan pembersihan kawasan. Inspektor Razali bersama pasukannya memastikan tiada sebarang ancaman lagi di kawasan sekitar.
Aariz dan D'ylan akhirnya merasakan lega apabila misi ini hampir selesai. Meskipun mereka berjaya menahan Ricardo dan anak buahnya, mereka tahu bahawa mereka perlu memeriksa semula semua bahagian bangunan untuk memastikan tiada ancaman tersembunyi.
"Good job, everyone. We've managed to contain the situation," kata D'ylan sambil menghulurkan tangan kepada Aariz.
Aariz menyambut jabat tangan tersebut dengan senyuman. "Thanks, Bro. Couldn't have done it without your team."
Inspektor Razali menghampiri mereka. "Kerja yang sangat baik. Terima kasih kepada anda semua kerana bekerjasama dengan kami. Malaysia berbangga dengan kehadiran anda."
Aariz dan D'ylan mengangguk, merasakan kepuasan dari kejayaan misi ini. Walaupun mereka masih perlu menjalankan beberapa pemeriksaan dan proses pembersihan, mereka tahu bahawa hari ini telah membawa kejayaan besar dalam usaha mereka membanteras jenayah.
Dengan keadaan yang semakin tenang, pasukan mula bersiap sedia untuk kembali ke pangkalan. Mereka tahu bahawa misi ini telah membawa mereka ke dalam situasi yang tidak dijangka, tetapi dengan kerjasama dan semangat yang tinggi, mereka berjaya menghadapinya dengan baik.
Langit malam yang gelap semakin diselubungi awan tebal ketika pasukan Aariz dan D'ylan bergerak keluar dari kawasan bangunan yang telah mereka serbu. Misi yang pada mulanya kelihatan hampir selesai tiba-tiba bertukar menjadi lebih rumit apabila satu maklumat mengejutkan muncul di radar mereka. Namun, tiada seorang pun yang bersedia untuk kebenaran yang akan terbongkar.
Di tengah perjalanan mereka ke pangkalan, Sarah tiba-tiba menghentikan kenderaan dan menerima panggilan kecemasan yang langsung tidak dijangkanya.
"D'ylan, Aariz... You need to see this," katanya, suaranya penuh dengan kekeliruan dan kebimbangan.
Aariz dan D'ylan berpaling ke arah skrin yang dibawa oleh Sarah, di mana wajah seorang lelaki muda yang kelihatan sangat dikenali muncul di skrin. Aariz mengerutkan dahi melihat lelaki itu. sesuatu tentangnya menimbulkan rasa tidak tenang dalam dirinya.
"Who is this?" tanya D'ylan, matanya melekat pada imej lelaki itu.
Aariz tidak perlu meneka lama. Walaupun dia kelihatan sedikit berubah, wajah lelaki itu masih jelas dalam ingatannya.
"It's... Aadyan," bisik Aariz, suaranya hampir tak dapat didengari.
"Aadyan? Who's he?" D'ylan memandang Aariz dengan pandangan penuh persoalan.
Aariz menghela nafas dalam. "Syed Aadyan Al-Fateeh... my younger brother."
Semua mata tertumpu kepada Aariz, terkejut dengan pengakuan yang tidak dijangka itu. Aariz, yang kelihatan tenang sebelum ini, mula menunjukkan tanda-tanda kerisauan yang amat ketara.
ANDA SEDANG MEMBACA
COMPLETE | | MEJAR'S CODE G28 ( IN EDITING)
CintaSYED AARIZ AL-FARRAS Bagi seorang Syed Aariz Al-Farras, tiada yang lebih menarik selain bermain dengan nyawa sama ada di atas darat atau udara. Kelajuan yang sering menjadi perkara yang akan dilakukan untuk 'healing' bahkan tidak menghiraukan nyawa...
