GEMBALA MENINGGALKAN TERNAKANNYA

7 0 0
                                        

Pada satu hujung dunia
Terdapat seorang gembala dengan begitu banyak ternakan
Dan kehidupan bagai menghukumnya


Satu hari, gembala itu pergi meninggalkan kawanannya
Kerna dia sudah lupa akan erti hidupnya
Pada Waitaki dan batu-batu kerikil
Pada lautan dan nelayan Pacific
Dia menjerit dan terus menjerit
Kini dia bebas menjadi dirinya


Kadang-kadang dia lupa............
Kehidupan bukan bererti menunggu orang berbuat baik kepada diri kita....
Tapi kehidupan adalah ketegasan kita berbuat baik kepada diri kita sendiri


Dan aku....
Begitu sukar menyatakan dalam vokal yang boleh kau faham
Kerana aku bukan kamu
Dan kau bukan diriku
Dan aku menghormatinya


-1/12/17 7.15pm(Waitaki River, Otago, NZ)

Puisi Tanpa NoktahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang