5 TAHUN

33 1 0
                                        

Air kuteguk, diari biru, buku lakaran, meja hitam dan pensel tekan
Lampu perang malap & bilah kipas berpusing
Ruang berselerak, buku disofa, buku dilantai, diari-diari lama
Aku cuba mencari
Mencari & terus mencari
Aku hilang arah
Aku lupa
Lupa untuk melukis
Lupa untuk menulis
Malah aku sudah tidak kenal puisi

Aku terlupa The Great Expectation, The Mockingbird & Lolita
Aku terlupa Chairul Anwar, Dharmawijaya, Arena Wati
"Cinta bukan untuk melemahkan tetapi memberi semangat"
kata Pak Hamka

Aku sedar, aku leka mengejar cintamu
Aku leka menjadi apa kau mahu
Sehingga aku lupa siapa aku
Aku memasang radio & meneguk air
Dalam diam aku berkata
"Celaka sudah 5 tahun!!!"

27/11/16 (2.45am)

Puisi Tanpa NoktahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang