Ku melerek pada paksi-paksi bumi
Menyembah saki baki ketuanan
Bermohon pada angin-angin kelam
Hati bagai berhari merintih
Dahagakan kepada sebuah pengertian
Disebalik kalimah insyirah itu
Pada bait surah-surah itu
Pada hadis-hadis khazanah kering tandus pasir
"Mahu kemana arah umat itu?"
"Dijalan yang lurus masih mahu beloknya."
Kata "dia-dia" yang berada diatas
Lalu aku bermohon
Sesungguhnya Ya Allah
Kami amat kerdil
Tapi yang kerdil ini mintakan dirinya
Melukis corak-corak pada kertas hidupnya
Mohon di suatu hari dinilai seadilnya
Pada jalan hidup kemahuan dirinya sendiri
Amin......
Ya Rabbal Alamin
01/07
ANDA SEDANG MEMBACA
Puisi Tanpa Noktah
Poetry[Tamat] Sebuah Puisi Tentang Cinta dan Rasa "Cinta itu amat memenatkan, terutama ketika mencintai jiwa yang salah"
