BAB 9

48 4 4
                                        

Haura memandang ibunya yang sedang membuat kerja di dalam biliknya. Dia mengemam bibir, tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbicaraannya. Dengan perlahan, dia mendekati wanita itu.

“Ibu… ka-kalau Haura taknak pergi sekolah esok… boleh?” ragu-ragu dia menyoal. Matanya terus dipejam rapat apabila wanita itu menghempas tablet ke atas meja. Bahunya turut terjongket akibat terkejut dengan tindakan mengejut ibunya itu.

“Kau baru masuk hari ni lepas tu kau nak ponteng?! Kau ni tak reti malu ke, hah?! Sengaja nak conteng arang dekat muka aku?!” Bertubi-tubi Puan Nadhirah melontarkan kata-katanya. Matanya tajam menjeling Haura yang sudah terdiam merenung lantai.

“H-Haura…” Dia mengemam bibir. Haura langsung tidak tahu ingin membalas apa. Pada akhirnya, memang dia yang salah. Dia tidak mahu ke sekolah kerana dia tahu bahawa dia tidak akan dilayan elok di sana.

Dia tidak lain hanyalah seorang pengecut.

Puan Nadhirah memicit pelipis dahinya. Belum sempat dia membuka mulut, satu notifikasi masuk ke dalam gadjet miliknya. Pada saat itu, Haura melihat bibir wanita itu mula menyeringai.

“Kau taknak pergi sekolah? Okay, aku izinkan.” Dia tersengih lalu bangun daripada duduknya. Dia merenung rendah Haura, cukup untuk menzahirkan sifat liciknya hanya dengan pandangan matanya itu.

“Aku ada kerja untuk kau.” Haura meneguk salivanya kelat. Setiap sel di tubuhnya memberontak untuk menolak.

Uhh… Haura rasa Haura pergi sekolah jelah esok, ibu…” Dia cuba untuk tersenyum. Perlahan-lahan dia memalingkan tubuhnya untuk meninggalkan ruang kerja ibunya itu. Namun, tangan Puan Nadhirah lagi pantas mencengkam rambut panjangnya.

Haura terus meringis kesakitan. Tangannya cuba untuk meleraikan cengkaman ibunya. “Ibu, sakit…”

“Kau fikir aku apa, Haura Izzati.” Cengkaman pada rambut anaknya itu diketatkan lagi. “Kau fikir kau boleh buat saja hanya sebab kau bukan anak aku yang asal?” Wajah mereka didekatkan.

Haura dapat rasakan darah seakan membeku daripada tubuhnya. Apa yang dia sedang lihat di hadapannya itu bukanlah pandangan seorang ibu. Namun lebih kepada seorang tuan yang sedang menghajar hambanya yang ingkar.

“Aduh!” Haura meringis lagi apabila kepalanya dicampak kasar ke atas meja. Hampir sahaja bebola matanya hendak mengenai bucu meja yang tajam itu.

“Ikut aku.” Dingin sahaja suara wanita itu berbicara dengan anaknya. Langsung tiada kasih mahupun sayang yang tersisa. Dengan berat hati, Haura mengikuti langkah ibunya.

“Kita nak pergi mana ni, ibu…” Suara Haura sayup-sayup, takut melihat ruangan yang gelap itu. Ini seperti ruangan bawah tanah tempat dimana dia jatuh ditolak ibunya.

Dengan sekali petikan, lampu-lampu kian menyala. Haura menekup mulutnya terkejut apabila melihat pelbagai jenis senjata kemas tergantung di sepanjang dinding. Mulai daripada yang paling besar sehinggalah sebatang pen yang kecil namun tajam.

“Ambik satu," arah Puan Nadhirah sambil memerhati satu-persatu stok miliknya itu.

Haura pantas menggeleng. “Ibu, taknak…” Dia cuba merayu. “Haura janji lepas ni Haura tak ponteng sekolah lagi. Please ibu, bagi Haura last chance...

Mendengar sahaja apa yang keluar daripada mulut anaknya, mood wanita itu jelas sekali memburuk. Dengan sebuah pistol di tangan, dia menghentam laju kepala anaknya.

Haura terus terdiam. Matanya masih memandang Puan Nadhirah terkejut. Dahinya yang tadi tiada apa kini terasa berdenyut-denyut. Dia memegang perlahan kepalanya dan mendapati sedikit cecair merah melekat di telapak tangannya itu.

Darah…?

“Itu yang kau dapat kalau kau ingkar arahan aku lagi.” Wajah Puan Nadhirah langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Sebaliknya, wanita itu menghempas senjata itu ke dada Haura dengan jelingan kasar.

Dia kemudian berjalan melepasi Haura lalu mengambil sepasang sarung tangan dan topeng muka. Dua barangan penting itu dia hulurkan. Matanya tajam merenung Haura, memastikan gadis itu betul-betul memakainya. “Pakai.”

Haura meneguk salivanya kelat. Sarung tangan dan topeng putih itu dia tatap dengan jantung yang berdegup kencang. Senyuman masam yang terukir di atas topeng itu kelihatan begitu tajam. Entah kenapa, melihat bentuk mata yang sedih itu terasa seperti ia sedang mengejek Haura.

“Huh? Ini bukan topeng aku.”

Haura terdiam. Namun, melihat jelingan ibunya, perlahan-lahan dia menekup wajahnya dengan topeng itu. Dengan topeng ini, dunia tidak lagi mengenali Haura Izzati.

Yang ada hanyalah The Lost One.

“What the freak, kau dengar tak aku cakap apa? Tu bukan mask aku! Mask aku muka senyum!”

Haura tidak mampu untuk membalas. Dia terasa bagaikan sebuah gunung sedang menghempapnya apabila Puan Nadhirah tiba-tiba menepuk bahunya. Bibir wanita itu sedikit sebanyak tersenyum, seolah-olah bangga dengan apa yang baru sahaja Haura lakukan.

Macam ni lah anak ibu…” pujinya dengan tangan yang masih kekal di bahu Haura. Wajah gadis yang ditutupi topeng itu dia tatap redup seolah-olah dia melihat anaknya yang asli.

Namun, apa yang tidak wanita itu lihat, Haura di sebalik topeng itu sudah banjir dengan air mata. Melihat Puan Nadhirah mengukirkan senyuman yang begitu manis kepadanya, Haura tidak lagi mampu menahan rindu terhadap mamanya.

Dia ingin pulang…

“Jom. Ada babi untuk diburu.”

Dengan itu, lampu terus dipadamkan.

27072025
tolong bawak bersabar ye
phone aku dah lag takleh bawak bincang
(ada hero lain tengah otw sebenarnya hehe)

HAURA : THE LOST ONE Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang