13

1 0 0
                                    

FAREEZ terpaksa juga mengambil Iqram di hotel setelah berkali-kali lelaki itu menghubunginya. Muka Iqram masam mencuka. Hairan juga Fareez melihat hanya sepupunya sahaja yang menunggu di hadapan hotel. Langsung dia tidak melihat kelibat Balqis di situ. 

"Mana Qis?" soal Fareez. 

"Ada kat dalam bilik, sakit kepala. Biarkanlah dia. Qina macam mana?" soal Iqram, perlahan. 

"Dia kena tahan. Ada kat wad. Ni pun aku keluar beli barang untuk dia," ujar Fareez. 

"Sakit apa dia tu? Semalam elok aje," soal Iqram. 

Serba salah Fareez hendak memberitahu Iqram tentang Qarina. 

"Alahan ketam ke?" duga Iqram. 

Dia yakin, itu puncanya. Bukan dia tidak kenal dengan Qarina. Walaupun bertahun mereka tidak berjumpa, tetapi dia yakin Qarina tetap orang yang sama. Orang yang dia cintai sejak dahulu, kini dan selamanya. 

Fareez mengangguk. Tiada guna dia menipu Iqram. 

"Kau tak tahu ke yang dia alah pada ketam?" soal Iqram tidak puas hati. 

"Tak, dia tak pernah cakap," jawab Fareez. 

"Berapa lama kau kenal dia?" soal Iqram. 

Dia merasakan Qarina sekadar ingin menyakiti hatinya. Kalau benar begitu, maknanya dia mempunyai peluang untuk memiliki Qarina sekali lagi. 

"Kenapa kau tanya?" soal Fareez, tidak sedap hati. 

"Saja nak tahu."

"Lamalah jugak untuk aku kenal hati dan budinya. Mungkin tak selama kau kenal dia, tapi aku senang dengan dia," ujar Fareez membuat pengakuan. Rasanya, itu jawapan selamat dan terbaik buat masa ini. 

Iqram mendiamkan diri. Mujurlah Fareez itu sepupunya. Kalau tidak, entah apa yang bakal berlaku. Cemburu? memang dia cemburu. Kenapa harus sepupunya sendiri yang mendampingi Qarina? Kenapa bukan orang lain? Kalau orang lain, pasti sudah ditariknya tangan Qarina. Tetapi, beranikah dia berbuat begitu di hadapan isterinya? Mahu mengamuk Balqis di situ juga. 

Fareez dan Iqram tiba ketika Qarina usai mandi. Dia mengenakan baju wad berwarna biru tua. Bengkak di mukanya semakin berkurangan. 

"Assalamualaikum," ucap Fareez memberi salam. 

Dia meletakkan barang-barang yang dibeli di atas meja di tepi katil. Ada sebiji mug termos dan juga milo 3 dalam 1. Ada juga setin biskut kering. 

"Tak tahu nak beli apa," ujar Fareez. 

"Qina dah okey ke?" soal Iqram. 

Qarina mengangguk sambil matanya mencari kelibat Balqis. 

"Qis tak datang. Dia sakit kepala," ujar Iqram setelah melihat Qarina tercangak-cangak seolah-olah mencari sesuatu. 

"Tulah, makan ketam lagi. Dah tahu tak boleh makan, nak makan jugak," perli Iqram. 

Terkebil-kebil Qarina mendengarnya. Naik berdesing juga telinganya. Qarina semakin sebak. Suara dan kata-kata itu terlalu lama dirinduinya. Dia dengan segera memusingkan badan, tidak mahu terus berhadapan dengan Iqram. Iqram berjalan menghampiri Qarina. Dia semakin yakin, kasih di antara mereka berdua masih wujud. 

"Qina..." panggil Iqram dengan lembut. Suaranya bergetaran. 

Qarina sedikit pun tidak menoleh dan tidak menyahut. 

"Maafkan saya. Maafkan saya sebab tinggalkan Qina. Saya menyesal. Saya tak fikir panjang," ucap Iqram. 

"Ehem!" Fareez berdehem. 

Isteriku Naik Hantu karya Syikin ZainalWhere stories live. Discover now