"Tempahan yang kau kena buat banyak lagi ke?" Tanya Nadierah yang asik sedang menonton televisyen sambil makan mi goreng yang digoreng oleh Qaisara.
"Haah, banyak lagi. Ni baru senarai yang separuh, separuh lagi tu ada kat dalam laci bilik." Jawab Qaisara, fokus sungguh dia menghias cantik bunga yang ditempah pelanggannya.
"Kenapa?" Tanya Qaisara lagi.
"Lusa aku nak keluar dengan Arman, nak tengok wayang. Aku nak ajak kau sekali temankan aku yela takkan aku nak keluar dengan dia berduaan je aku yang bosan nanti," pinta Nadierah.
Qaisara menoleh ke Nadierah yang berada tidak jauh dari tempatnya membuat kerja.
"Arman?" Dengan dahi yang berkerut, Qaisara bertanya.
"Ye, Arman. Yang haritu kita jumpa dekat mall takkan kau dah lupa?"
Banyak betul hal yang difikirkan Qaisara sampai Arman pun dia tak ingat.
"Jap, Arman ek?" Tanyanya kembali.
Ya Allah, sakit sungguh hati dia melihat tingkah Qaisara.
"Oh aku ingat. Arman kawan kau yang dekat U dulu tu kan?" Sekali lagi, Qaisara kembali bertanya.
"Haaaa ingat pun. Yela Sara, Arman yang tu." Balas Nadierah.
"Kau keluar jelah dengan dia, aku tak nak join korang," tolak Qaisara, dia tak nak sebab dia belum biasa dengan Arman.
"Alaaa Sara please join kitorang?" Rayu Nadierah, dia nak sangat Qaisara teman dia. Dia juga nak Qaisara dan Arman kenal satu sama lain.
Manalah tahu, dengan pertemuan untuk kali ni Arman dan Qaisara boleh menjadi rapat.
"Tak naklah, next time. Okay?" Jawab Qaisara sambil tangan kanannya membuat bentuk 'okay'.
"Kau always tolak ajakan aku padahal bukannya selalu aku boleh keluar dengan kau." Memuncung bibir Nadierah, menunjukkan yang dia ingin merajuk dengan Qaisara.
Qaisara yang melihat itu ingin ketawa, aduh Nadierah Nadierah dah besar panjang kot takkan nak merajuk?
"Ye Die aku tahu sebab kau ada kerja kau aku pun ada kerja aku but ni masa kau dengan Arman, lagipun kau dah lama tak jumpa diakan?" Tanya Qaisara inginkan jawapan.
Nadierah menatap wajah Qaisara, perlahan dia menganggukkan kepala tanda mengiyakan pertanyaan Qaisara itu.
"So, ni lah peluang kau. Kau gunakan masa ni dengan luangkan masa dengan dia, tak ajak aku pun takpa sebab aku... Tak biasa sangat dengan Arman tu," pinta Qaisara lalu menyambungkan kerjanya menghias bunga.
"Tapi Sara, aku nak juga kau biasakan diri dengan Arman. Sekali eh dengan aku?"
Qaisara menoleh kearah Nadierah, nampak betapa berharapnya Nadierah agar dia ikut.
YOU ARE READING
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔
No FicciónRazaleigh Shah, jejaka yang memilih untuk membenci seorang wanita yang sama sekali tidak mempunyai salah dengannya. Hanya kerana wanita itu disayang dan dikasihi nendanya, dia rasa kasih sayang yang dia miliki selama ini berbagi. Tapi siapa sangka...