"Kurang ajar!!!"
Bukk!!
Razaleigh jatuh tersungkur menyembah tanah.
Suasana menjadi sunyi dan tegang. Dengan Qaisara yang dari tadi mengalirkan air mata. Tak habis fikir dengan kata-kata Razaleigh itu.
Tanpa berfikir panjang, Qaisara terus melangkah meninggalkan tempat itu, tempat dimana dia dihina oleh lelaki yang bakal menjadi suaminya.
"Qaisara!" Laung nek Fatimah. Dia tak sangka, cucunya Razaleigh Shah macam tu.
Setelah semua pendidikan yang dia ajarkan kepada Razaleigh, kenapa membesar menjadi manusia yang kejam. Yang lebih teruknya lagi, kerana seorang perempuan?
Razaleigh yang merasa sakit ditulang pipinya kerana tumbukan encik Mohd Abdul, dengan perlahan dia berdiri disamping itu matanya menoleh kearah nendanya.
Terlihat diraut wajah nenda yang sangat kecewa dengan airmata yang turut menemani.
"Siapa yang bagi kamu hak untuk menghina anak pakcik macam tu Raza? Siapa bagi kamu hak!?" Tengking encik Mohd Abdul.
Dia benar-benar kecewa sekarang. Tak sangka ini yang Qaisara alami, dia lebih tak sangka bakal menantunya Razaleigh Shah macam tu.
"Pakcik sebagai ayah Qaisara membesarkan Qaisara dengan penuh kasih sayang, penuh belaian cinta. Tapi kamu tiba-tiba hadir bawa derita untuk dia." Mengalir airmata encik Mohd Abdul mengenangkan nasib anaknya jika anaknya Qaisara berjaya bernikah dengan Razaleigh Shah.
"Abang..." Panggil cik Hajar.
"Dah abang," cik Hajar tak nak membesarkan lagi memikirkan sekarang suara encik Mohd Abdul sangat kuat, risau jika penduduk kampung yang lain dengar pergaduhan tersebut.
"Cik Fatimah, saya tahu dan sedar cik Fatimah banyak membantu keluarga kami. Tapi untuk kali ni, saya dan isteri benar-benar minta maaf. Kami menolak rancangan yang kita bincangkan tempoh hari," perlahan sahaja suara encik Mohd Abdul sekarang, tekak dan hatinya terasa sakit.
"Segala kebaikan yang cik Fatimah lakukan kepada keluarga kami terlebih lagi untuk Qaisara, semoga Allah sahaja yang membalasnya. Kami selalu ingat jasa cik Fatimah kepada kami," balas encik Mohd Abdul lagi.
Encik Mohd Abdul terus melangkah meninggalkan dua figura yang ada di depannya dengan ditemani isterinya cik Hajar.
Tak lepas cik Hajar memegang lengan suaminya itu. Cik Hajar rasa apa yang encik Mohd Abdul rasa sekarang lagi-lagi dia seorang ibu. Pasti sakit rasanya bila seorang anak bongsu mereka yang mereka layani dengan penuh kasih sayang tiba-tiba diperlakukan begini.
Apa yang membuatkan encik Mohd Abdul tak habis fikir sekarang, kenapa Qaisara diam sahaja tak beritahu mereka yang sebenarnya Qaisara dan Razaleigh mempunyai hubungan yang tak baik. Qaisara menutupnya sendiri, menyimpan sakit itu sendiri. Encik Mohd Abdul merasa bersalah sekarang. Sungguh, dia merasa bersalah.
YOU ARE READING
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔
No FicciónRazaleigh Shah, jejaka yang memilih untuk membenci seorang wanita yang sama sekali tidak mempunyai salah dengannya. Hanya kerana wanita itu disayang dan dikasihi nendanya, dia rasa kasih sayang yang dia miliki selama ini berbagi. Tapi siapa sangka...