"Assalamualaikum Sara."
"Waalaikumussalam, ibu..." Qaisara tersenyum bahagia apabila dapat mendengar suara ibunya, dia rindu kepada cik Hajar dan ayahnya, Encik Mohd Abdul.
"Ibu, sihat?" Itu soalan pertama yang ditanya, kesihatan ibunya.
"Alhamdulillah, ibu sihat ha ayah adik pun sama. Semuanya sihat, adik kat sana macam mana? Sihat?" Cik Hajar kembali bertanya.
"Alhamdulillah, adik pun sihat ibu. Cuma kebelakangan ni pelanggan banyak sangat tempah bunga, jadi badan adik lenguh sikit," ngadu Qaisara dengan bibir yang ikut cemberut.
"Kesian anak ibu sorang ni. Nanti minggu depan adik balik, ibu masak makanan kesukaan adik nak?" Pelawa Cik Hajar.
Mata Qaisara melebar kerana bahagia. Kalau bab makanan lagi-lagi bila makanan kegemaran dia, dia laju. Kalau boleh balik, sekarang juga dia packing semua baju dan bertolak balik. Tapi tak boleh, dia masih ada pesanan customer yang mesti dia siapkan.
"Ibu, nak. Tapi adik banyak kerja sekarang,"
"Ya adik, boleh. Nanti adik balik dulu tau, soal kerja takpe slow-slow je. Rumah ni pun selalu terbuka untuk adik," jawab Cik Hajar.
"Takpelah, adik siapkan dulu apa yang patut adik siapnya. Ibu telefon sebab nak tanya khabar adik," kata Cik Hajar.
"Sekarang ibu dah tahu yang adik sihat kat sana, lega hati ibu." Sambung Cik Hajar lagi.
"Baik ibu, apa-apa ibu telefon adik ya. Jaga diri ibu, kirim salam kat ayah dan abang tau ibu." ujar Qaisara.
"Ya, nanti ibu sampaikan ya. Ibu tutup dulu tau."
"Okay ibu, assalamualaikum," Qaisara memberi salam.
"Waalaikumussalam."
Terlihat gembira wajah Qaisara apabila dapat berbual dengan ibunya, takpelah walau sekejap pun yang penting dia dapat dengar suara ibunya dan tahu yang ibunya baik-baik sahaja.
"Sara, sembang ngan sape?" Tanya Nadierah yang tiba-tiba muncul di belakang Qaisara.
Diletakkan telefon miliknya diatas meja lalu menoleh memandang Nadierah.
"Ibu, telefon aku," jawab Qaisara.
"Oh, ibu kau sihat?" Nadierah kembali bertanya tentang khabar ibu Qaisara, Cik Hajar
"Alhamdulillah, ibu sihat Die. Lega hati aku dapat dengar suara ibu." Tersenyum lebar Qaisara, dapat dilihat yang dia betul-betul bahagia.
Nadierah yang melihat itu turut senyum bahagia. Bahagia melihat Qaisara yang sudah banyak tersenyum dibandingkan yang dulu. Dia berharap agar senyuman Qaisara ini akan kekal dan tidak pudar seperti dulu lagi.
Cukuplah segala kederitaan, kesengsaraan, kepahitan dan kekecewaan yang Qaisara alami dulu atas sebab satu lelaki. Dia yang ada dengan Qaisara waktu itu, dia melihat semua yang Qaisara hadapi, seorang diri.
YOU ARE READING
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔
NonfiksiRazaleigh Shah, jejaka yang memilih untuk membenci seorang wanita yang sama sekali tidak mempunyai salah dengannya. Hanya kerana wanita itu disayang dan dikasihi nendanya, dia rasa kasih sayang yang dia miliki selama ini berbagi. Tapi siapa sangka...