Jari aku bermain dengan hujung baju sambil menunggu Jungwon di atas rooftop sekolah.Tidak sampai 10 minit Jungwon tiba sambil membawa dua tin air berkarbonat.
"Nah"
"Awak bagi dekat saya ke?"
Jungwon tarik lengan aku lalu letak air itu dalam tapak tangan aku.
"Kau nampak ada orang lain ke dekat sini? Mestilah aku bagi dekat kau"
"Ouh... Thank you" balasnya perlahan.
Entah kenapa hati aku terasa begitu terharu dengan perbuatan Jungwon sedangkan apa yang dia lakukan itu sangatlah sederhana.
Mungkin sudah lama orang tidak pernah ambil berat terhadap aku. Jadi hati aku mudah tersentuh sekiranya ada orang lakukan kebaikan terhadap aku.
"Mia"
"Ye saya" aku kerling ke arah Jungwon. Melihat dirinya dari sisi tepi.
Sempurna.
Itulah yang mampu aku katakan. Dirinya nampak begitu sempurna.
"Aku nak jadi kawan kau"
"Tapi awak memang rakan sekelas saya"
Jungwon menoleh ke arah aku. Wajahnya begitu lembut memandang aku.
"Mungkin aku tak layak untuk tahu kisah hidup kau. Tapi aku nak jadi kawan yang ada untuk kau supaya kau tak keseorangan"
"Awak buat semua ni disebabkan ubat tu ke?"
"Ya. Tapi tidak bermaksud aku kawan dengan disebabkan ubat yang kau nak beli tu. Aku cuma mahu jadi teman kau..
Teman untuk kau bercerita"
YOU ARE READING
Good Enough | Yang Jungwon
Fanfiction[COMPLETE] [Text + Dialog Au] Kadangkala kita perlu sedar, dunia ini tidak sempurna. Namun, kehadiran si dia telah memberi aku cahaya. "Terima kasih kerana lahir di dunia ini" Start : August 24 End : August 24