Jungwon's"Mia, Jung Mia!"
Jeritku sebaik sahaja tiba di tasik. Aku yakin Mia berada di sini. Mustahil dia berada di tempat lain sedangkan di sinilah tempat dia mencari ketenangan.
Aku terjun ke dalam tasik lalu mencari Mia. Hampir setengah jam aku mencarinya sampailah aku perasan tubuh Mia tersangkut di dahan kayu.
"Mia!" aku menghampiri Mia lalu mencempung tubuhnya ke darat.
"Mia, bangun" aku menampar pipi Mia lembut sebelum melakukan CPR.
"Mia bangun!"
"Mia, bukak mata kau"
"Mia, bangunlah!"
"Mia, bangun... Bangun"
Tangisan mula pecah apabila aku sedar bahawa seluruh tubuh Mia sudah tidak bernyawa lagi.
Aku memeluk tubuh Mia erat. Air mata aku tidak berhenti keluar dari tubir mata.
Aku terlambat.
Aku terlambat untuk selamatkan dia.
"Mia sayang.. Bangun"
"Kau tak kesian ke dekat aku. Aku tunggu kau ni"
"Mia, kau tak perlu jadi sempurna. Bagi kau aku adalah segalanya. Kau cukup sempurna di mata aku. Aku terima kau seadanya" aku mengusap pipi Mia.
Tubuhnya semakin membiru tetapi semua itu langsung tidak mengubah kecantikan Mia.
"Mia, sayang.."
"Maafkan aku. Maafkan aku kerana tiada di sisi kau. Maafkan aku kerana terlambat"
Bibir aku bergetar getar. Aku tidak mampu berkata-kata. Seluruh tubuh aku lemah. Lemah melihat Mia berada dalam dakapan aku ini sudah tidak bernyawa lagi.
"Jung Mia, aku sayangkan kau"
"Sangat sayangkan kau"
Aku mencium dahi Mia lama. Lepas ini tiada lagi gelak ketawa Mia. Tiada lagi senyuman manisnya. Semua itu akan menjadi kenangan.
"Happy birthday, sayang. Terima kasih kerana lahir di dunia ini"
Mia, andai kata kau tahu isi hati aku. Aku berharap kau untuk kembali.
Aku sangat sayangkan kau. Malah aku sedih kerana hubungan kita terlalu pendek. Aku bersyukur kau lahir di dunia ini. Tidak pernah terdetik dalam diri aku untuk membenci kau. Biarlah mereka membenci kau, tetapi aku sangat menghargai kau.
Kau ibarat permata.
Permata pinjaman yang tuhan berikan untuk aku. Walaupun perjumpaan kita seketika, aku dapat rasakan masa aku bersama kau sangatlah berharga.
Tenanglah di sana wahai sayangku.
• the end •
Maaflah hambar.
Saya tak tahu kenapa tangan nak buat buku ni.
Btw next week kalau ada masa saya mula update euphoria.
YOU ARE READING
Good Enough | Yang Jungwon
Fiksi Penggemar[COMPLETE] [Text + Dialog Au] Kadangkala kita perlu sedar, dunia ini tidak sempurna. Namun, kehadiran si dia telah memberi aku cahaya. "Terima kasih kerana lahir di dunia ini" Start : August 24 End : August 24