"Kenapa kau nak jumpa aku?"Tanpa membalas apa-apa Jungwon terus memeluk tubuh aku erat seperti tiada hari esok.
"Kau okay tak?" soalku lembut.
"Shhh, bagi aku lima minit. Aku rindukan kau" balasnya sambil memejamkan mata.
Aku membiarkan Jungwon memeluk tubuh aku.
Jujur, aku berasa sangat tenang berada dalam dakapan Jungwon. Terasa begitu selamat dan penuh dengan kasih sayang. Sudah lama aku tidak rasakan perasaan ini.
"Maafkan aku sebab abaikan kau selama seminggu" katanya lalu lepaskan pelukan.
"Aku.. aku maafkan kau" aku membuang pandangan ke arah tasik.
"Mia, pandang aku"
Kali ini aku menurut cakap Jungwon. Aku menoleh memandang dia. Anak mata aku dan dia bertembung.
Hati aku bagai dijentik sesuatu. Timbul perasaan aneh terhadap Jungwon.
"Perempuan yang kau tengok hari tu sepupu aku. Aku tak ada perempuan lain selain kau"
"Apa maksud kau selain aku?"
Jungwon menapak ke depan mendekati aku. Tangannya mengusap pipi aku, tanpa dipinta bibirnya mengukir senyuman.
"Aku sayangkan kau"
"Apa?"
"Aku sayangkan kau, Jung Mia"
YOU ARE READING
Good Enough | Yang Jungwon
Фанфик[COMPLETE] [Text + Dialog Au] Kadangkala kita perlu sedar, dunia ini tidak sempurna. Namun, kehadiran si dia telah memberi aku cahaya. "Terima kasih kerana lahir di dunia ini" Start : August 24 End : August 24