Jungwon's
Aku masuk dalam bilik tidur mama secara diam lalu mencari telefon aku. Hampir seluruh bilik aku cari tetapi tidak jumpa.
Aku mendekati mama yang sedang tidur. Barulah aku perasaan telefon aku berada di sebelah mama.
"Jungwon, kamu buat apa tu?"
Seluruh tubuh aku terkaku. Aku menoleh memandang papa sambil menayang sengihan.
"Jungwon keluar dulu"
Belum sempat aku melangkah keluar papa menahan tangan aku.
"Bagitahu papa, Jungwon nak apa?"
"Mama rampas telefon Jungwon"
Papa lepaskan keluhan kemudian lepaskan tangan aku. Tanpa dipinta papa pergi ke katil untuk mengambil telefon aku.
"Nah, ambil ni"
"Terima kasih" aku mengambil telefon itu lalu keluar dari bilik.
Aku berjalan ke dapur sambil menghidupkan telefon. Perkara pertama yang aku lakukan ialah membaca chat Mia.
Mia 🤍
Jungwon
Saya perlukan awak
Saya dah tak kuat
Saya rasa dunia saya gelap
Kenapa manusia kejam
sangat dengan saya?
Saya ni hina ke?
Tak layak untuk bahagia?2 a.m
Sorry ganggu awak
Saya tak terniat nak buat
awak fikir negatif
Awak jangan risaukan saya
Saya okay je ni2.30 a.m
Won
Uuuwonnn
Saya rindukan awak2.45 a.m
Jungwon
Nak dengar rahsia saya tak?3.00 a.m
Jungwon
Saya tolak perasaan awak hari tu tidak bermakna saya tidak sayangkan awak
Saya rasa saya tak layak untuk awak
Awak terlalu baik
Awak tak layak dapat
perempuan macam saya
Saya tak ada keistimewaan3.15 a.m
Jungwon
Terima kasih kerana buat saya bahagia
Kehadiran awak memang membahagiakan saya3.20 a.m
Btw happy birthday to me!
1 september :)3.30 a.m
Saya sayangkan awak
4.00 a.m
YOU ARE READING
Good Enough | Yang Jungwon
Fanfiction[COMPLETE] [Text + Dialog Au] Kadangkala kita perlu sedar, dunia ini tidak sempurna. Namun, kehadiran si dia telah memberi aku cahaya. "Terima kasih kerana lahir di dunia ini" Start : August 24 End : August 24