18

53 8 0
                                    


Jungwon's

Aku meraup wajah kasar sambil memandang mama.

"Mama, bagi balik telefon Jungwon"

"Mama tak akan bagi telefon ni sekali prestasi kamu tak naik" balas mama sambil genggam telefon aku

"Jungwon cuma turun dua kedudukan. Bukan masalah besar pun"

"Mama tak kisah. Mama nak kamu fokus dekat pelajaran"

"Tapi mama" aku ingin mengdekati mama tetapi dia menapak menjauhi aku.

"Kamu ingat mama tak tahu kamu ada girlfriend dekat sekolah"

Tepat pada masanya notifikasi telefon aku berbunyi menderu-deru.

Mama melihat telefon aku lalu memandang aku sinis.

"Mia? Dia ke awek kamu?"

Aku geleng kepala lalu memegang tangan mama.

"Mama tolong bagi telefon tu dekat Jungwon. Dia perlukan Won, mama tolonglah..." rayuku sehingga mahu menangis.

Aku tidak sedap hati.

Aku perlu balas chat Mia. Gadis itu perlukan aku.

"Kamu tak malu ke Jungwon? Disebabkan seorang perempuan kamu lemah macam ni?"

"Dia penting dalam hidup Jungwon"

"Sudah, mama tak nak dengar lagi" balas mama kemudian berlalu pergi ke bilik tidur.

Aku menghentak tangan di dinding. Melepaskan segala beban di dada.

Aku tidak mampu melawan mama kerana dia ibuku. Tapi dalam masa yang sama aku perlu berada di sisi Mia.

Good Enough | Yang JungwonWhere stories live. Discover now