(4 Ogos)Aku membuang pandangan ke arah tasik. Fikiran aku kosong. Apa yang aku lihat ketika ini juga seakan kosong.
"Hi"
Aku menoleh ke tepi melihat Jungwon duduk di sebelah aku.
"Macam mana kau tahu aku ada dekat sini?" soalku hairan.
"Rahsia" balasnya lalu memandang ke arah tasik.
Lama aku dan Jungwon mendiamkan diri sehinggalah aku membuka mulut.
"Jungwon"
"Hmmm"
"Kenapa kau nak jadi kawan aku?"
"Sebab kau perlukan kawan" balasnya tanpa berfikir panjang.
"Tapi aku tak perlukan kawan"
"Mulut kau cakap tidak perlu. Tetapi hati kau mahu. Kau tak boleh tipu aku Mia"
Aku mengetap bibir.
Benar. Apa yang Jungwon katakan itu memang benar. Aku perlukan seseorang berada di samping aku.
"Maaf" kataku lalu menoleh memandang dia.
"Kenapa kau mintak maaf?" soal Jungwon hairan.
"Maaf sebab abaikan kau. Aku tak reply chat kau. Aku ignore kau dekat sekolah. Aku cuma perlukan masa untuk bersendirian, aku tak terniat nak biarkan kau"
Jungwon angguk kepalanya sambil menayang senyuman nipis.
"Aku faham.. Mungkin orang lain tidak mampu faham kau, tapi aku faham"
"Tidak. Kau tak faham diri aku. Kau cuma mahu jadi kawan yang terbaik untuk aku" balasku sambil bermain dengan hujung lengan baju.
Jungwon mendekati aku. Tangannya memegang bahu aku.
"Mia, pandang aku"
Aku membiarkan Jungwon. Sedikit pun tidak terniat untuk memandang dia.
"Mia"
"Jung Mia"
"Shhh diam. Aku tengah fokus ni" balasku sambil menarik benang baju yang semakin panjang.
"Miaaaa"
"Ishhh diam-"
Masa seakan terhenti. Aku terkaku apabila bibirnya bertembung dengan bibirku.
"Tahu pun pandang aku"
"Kenapa kau buat macam tu?"
"Sebab kau tak beri perhatian dekat aku" balasnya sambil tersengih.
YOU ARE READING
Good Enough | Yang Jungwon
Fanfiction[COMPLETE] [Text + Dialog Au] Kadangkala kita perlu sedar, dunia ini tidak sempurna. Namun, kehadiran si dia telah memberi aku cahaya. "Terima kasih kerana lahir di dunia ini" Start : August 24 End : August 24