09

47 8 2
                                    


(3 Ogos)

Jungwon

Mia
Aku tahu kau ada masalah
Aku sedar aku tak patut masuk campur dalam urusan kau
Tapi aku nak kau sedar
Kalau kau perlukan seseorang
Aku ada
Aku ada untuk kau
Aku janji akan jadi pendengar yang baik

Terima kasih
Tapi aku tak perlukan bantuan kau

Aku berjalan keluar dari bilik sambil membawa kunci rumah. Lebih baik aku berambus cari ketenangan.

"Kau nak pergi mana?"

Kaki aku berhenti berjalan lalu memandang Mieya. Gadis itu berdiri tegak hadapan aku sambil silang tangan di dada.

"Adik nak keluar"

"Aku tak izinkan kau keluar"

Aku lepaskan keluhan.

"Adik tak kisah. Tepilah"

Baru saja selangkah aku berjalan ke depan Mieya menarik rambut aku kasar.

"Apa masalah kau ni?!" Aku menolak tangan Mieya.

"Aku nak kau stay!"

"Kau dah ada masalah dengan ex boyfriend kau, tak bermakna kau boleh lepas geram dekat aku. Kau tahu tak kenapa dia tinggalkan kau, sebab kau suka control hidup orang!"

Pang!

Tangan aku memegang pipi. Cecair berwarna merah mula mengalir di pipi akibat cincinnya.

"Jaga mulut kau!" jerkah Mieya.

"Aku cuma cakap benda yang betul. Kau sedar tak jantan tak guna tu dah tinggalkan kau setahun. Tolonglah move on! Aku penat nak hadap diri kau macam ni, sekejap baik sekejap baran. Kau fikir aku tak penat ke?" lirih suaraku berkata.

Mieya menarik tangan aku kasar. Wajahnya serius. Secalit senyuman tiada di bibirnya.

"Kau nak keluar sangatkan. Keluar!" kata Mieya lalu menolak tubuh aku keluar dari rumah.

Aku berjalan setapak ke belakang sambil memandang balkoni bilik. Eomma dan Appa memandang tepat ke arah aku. Muka mereka mendatar seperti tiada perasaan.

Kadangkala aku perlu sedar. Bukan semua orang mampu memahami isi hati aku.

Good Enough | Yang JungwonWhere stories live. Discover now