"Mia, eomma nak cakap sikit"Aku berjalan menghampiri eomma yang berada di dapur.
"Eomma nak cakap apa?"
"Eomma harap Mia tak kecil hati dengan kami. Mia tahukan eomma, appa, kakak sudah cuba yang terbaik. Eomma tiada niat nak sakiti Mia. Eomma sayangkan Mia"
Aku angguk kepala kemudian mencium pipi eomma.
"Mia faham.. Eomma tak perlu risau tentang Mia, Mia sentiasa okay"
Eomma mengusap pipi aku. Matanya berair memandang aku.
"Mia pergi sekolah dulu. Bye!" aku terus mengambil beg lalu keluar dari rumah.
Aku tidak sanggup. Aku tidak sanggup melihat ahli keluarga aku sedih. Kerana kesedihan mereka merupakan satu penderitaan bagi aku.
YOU ARE READING
Good Enough | Yang Jungwon
Fanfiction[COMPLETE] [Text + Dialog Au] Kadangkala kita perlu sedar, dunia ini tidak sempurna. Namun, kehadiran si dia telah memberi aku cahaya. "Terima kasih kerana lahir di dunia ini" Start : August 24 End : August 24