Jungwon'sAku memandang meja Mia. Sudah lama gadis itu tidak datang ke sekolah. Tipulah kalau aku tidak rindukan dia. Setiap saat aku memikirkan Mia.
Aku risau jika Mia bertindak di luar kawalan. Aku risau jika aku tidak sempat selamatkan dia.
"Jungwon"
Aku dongak kepala memandang Sunoo. Lelaki itu duduk di sebelah aku sambil menghulur sekotak susu.
"Minumlah"
"Tak nak" balasku perlahan.
"Jungwon, kalau kau nak selamatkan Mia kau kena ada tenaga. Kena ada semangat. Kalau diri kau macam mayat hidup, boleh ke kau nak selamatkan dia?"
Aku mengambil susu itu lalu minum.
"Aku dah minum. Puas hati kau?"
YOU ARE READING
Good Enough | Yang Jungwon
Fanfiction[COMPLETE] [Text + Dialog Au] Kadangkala kita perlu sedar, dunia ini tidak sempurna. Namun, kehadiran si dia telah memberi aku cahaya. "Terima kasih kerana lahir di dunia ini" Start : August 24 End : August 24