06

53 7 0
                                    


(25 July)

Uuuwon

Kenapa kau tak datang sekolah?

Awwww rindu ke?
🥺🥺🥺

Kau pakai lagi sekali emoji tu
Sumpah aku block nombor kau

🥺🥺🥺

Tak lawak Mia

Okay sowwy

Gedik ah kau ni

Cakaplaaa kau rindukan aku

Tkde masa aku nak rindukan kau
But srs
Asal kau tak datang sekolah?

Aku pergi holiday

Holiday mangkuk kau
Exam lagi seminggu

Kalau aku mangkuk
Kau pinggan
Awww comelnya kita

Dah lah
Bye
Esok jangan tak datang pulak

Okay boss!

Aku letak telefon kemudian keluar dari bilik.

Senyuman aku mati sebaik sahaja melihat mereka yang berada di ruang tamu.

"Mia, jom makan. Akak ada belikan pizza"

"Makanlah. Mia tak lapar"

"Kau ni waktu ada makanan tak mahu makan. Bila tak ada, merungut kata lapar" bidas eomma sambil menjeling aku

Aku menayang senyuman nipis.

"Mia diet.. hehehehe"

"Diet konon. Padahal badan tu macam tulang dengan kulit" kata appa lalu duduk sebelah kakak.

"Tengok macam kakak kau ni. Nampak sihat je-"

"Mia masuk bilik dulu. Good night" aku kembali masuk dalam bilik.

Anak tak guna.

Anak tak guna.

Anak tak guna.

"Sudah. Diam!" jeritku sambil menutup telinga.

Sudahlah. Aku tidak mahu terima bisikan itu lagi.

Good Enough | Yang JungwonWhere stories live. Discover now