Jungwon'sAku melepaskan keluhan sambil memicit kepala. Terasa begitu kusut untuk selesaikan masalah si dia.
Jung Mia
Aku cuba mencari alternatif untuk membantu Mia daripada masalah mental. Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama aku cuba mencari jalan untuk bebaskan Mia daripanya keluarganya.
Aku sedar, apa yang aku rancang ini mustahil terjadi. Mia itu masih remaja, aku tidak dapat pisahkan dia dengan keluarganya tanpa sebab. Andai kata aku tersilap langkah, secara automatik aku masuk ke balai polis.
Cukuplah aku dimarahi teruk akibat mencuri rekod kesihatan dia dari bilik kaunseling. Aku tidak mahu terbabit dalam masalah lagi.
Post-traumatic stress disorder (PTSD), Depression, Anxiety.
Itulah penyakit yang dialami oleh Mia. Semua ini berlaku berpunca daripada keluarganya dan rakan di sekolah.
Kakak dan ibu Mia menghidapi masalah Bipolar Disorder. Ayahnya pula tidak pernah kisah tentang keluarga. Apa yang dia tahu mencari wang.
Kawan? Mia tidak pernah ada kawan kerana orang sentiasa anggap dia pendiam dan menakutkan.
Aku kenal Mia sejak dua tahun lepas, aku sedar akan kewujudan Mia cuma aku tidak pernah tegur dia. Aku tidak tahu bagaimana untuk mulakan perbualan dengan Mia sehinggalah dia datang chat aku. Itupun disebablah salah nombor, kalau tidak sampai ke sudah aku tidak berkawan dengan Mia.
Jujur, aku mahu menolong Mia. Aku ikhlas mahu menolong dia daripada terus terseksa. Aku lakukan semua ini bukan sahaja sebagai seorang kawan malah aku sayangkan dia.
Ya, aku sayangkan Mia.
YOU ARE READING
Good Enough | Yang Jungwon
Fanfiction[COMPLETE] [Text + Dialog Au] Kadangkala kita perlu sedar, dunia ini tidak sempurna. Namun, kehadiran si dia telah memberi aku cahaya. "Terima kasih kerana lahir di dunia ini" Start : August 24 End : August 24