Bab 18

1.4K 128 24
                                    

Aidan muncul di depan mata selepas mak su bergerak masuk ke dalam rumah. Dan dengan tak tahu malunya, dia duduk bersila di atas pangkin. Betul-betul berhadapan dengan aku yang sedang duduk dalam posisi bersila juga.

Dia tenung muka aku sejenak. Sebelum akhirnya, pandangan dia berpindah pada sawah padi yang menguning di depan mata.

"Elina..." seru dia sepatah dan tiada lagi sambungan yang lain. Mulut dia terkatup rapat. Hanya badan dia saja yang bergoyang ke kanan dan ke kiri seperti wiper kereta pada waktu hujan.

Bila dia senyap, aku lagilah diam seribu bahasa. Aku biar saja seruan dia tergantung sepi tanpa ada sebarang sahutan.

Lagipun, tenaga bersosial aku dah habis selepas sembang dengan mak su berjam-jam lamanya. Air liur dah kering-kontang sampai anak tekak pun rasa perit semacam. Aku berdeham dalam dua tiga kali. Sejurus kemudian, baru tangan mencapai gelas air yang mak su tinggal. Lalu, aku minum sekadar untuk membasahkan kerongkong.

"Elina..."

Itu seruan yang kedua daripada pihak Aidan dan datang bersama satu tepukan pada permukaan pangkin. Tapi, panggilan dia sama macam tadi juga. Cuma missed call untuk membuang tenaga semata-mata.

"Saya tahu awak suka nama Elina. Tapi please, jangan tambah tahi telinga saya dengan suara sumbang awak."

Aku gosok cuping telinga. Aksi tambahan untuk tunjuk yang aku dah mula menyampah dengan panggilan berulang-ulang Aidan. Lagak dia seperti seorang Romeo sedang menyeru nama kekasih hati yang dah berpisah bertahun-tahun lamanya.

Dia sambut teguran kasar aku dengan sengihan sambil tangan kanannya menampar lembut paha. Anak mata hitam dia pula terpasak pada muka aku yang bersih tanpa sebarang perasaan.

"Awak nak tanya apa dekat saya, Aidan?"

Itu bukan soalan serkap jarang, tapi aku sangat yakin dengan firasat sendiri. Aidan takkan saja-saja seru nama aku. Melainkan ada soalan yang membelenggu dalam akal fikiran dia.

"Macam mana kau tahu? Kau ada sixth sense?" tanya dia dalam nada berseloroh meskipun mimik muka dia sebaliknya. Dia tenung kepala aku bersama dahi yang berlapis-lapis.

"Apa pula soalan awak petang ni?" Aku gantung soalan dia tanpa ada balasan. Tapi sebelum itu, bibir sempat tersenyum sinis selama beberapa detik. Senyum sebagai respons untuk soalan lurus bendul dia.

"And please... lepas ni awak tanya je terus. Tak payah nak panggil nama saya banyak kali. Pendek kata, awak tak payah sopan dengan saya," tambah aku bila perasan mulut dia terbuka sedikit untuk bercakap.

"Sebagai lelaki Melayu terakhir, aku kena bersopan santun. Minta izin dulu sebelum tanya soalan dekat kau."

Perasaan aku sekarang?

Rasa macam nak termuntah balik air yang aku minum tak sampai 10 minit tadi. Anak tekak dan lubang telinga sama-sama rasa geli-geleman. Walaupun aku cuba untuk bagi peluang pada Aidan, tetapi jiwa dan minda aku masih terperangkap dalam diri dia yang versi hanat. Masih belum boleh move on sepenuhnya.

"Jangan merepek boleh tak? Nak tanya, tanya je terus. Dulu awak hina saya tak pernah minta kebenaran pun. Betul tak, Encik Ahmad Aidan?" Ada tawa halus yang mengiringi pada penghujung soalan aku.

"Elina, aku minta maaf."

"Sudahlah... Awak simpan dulu ucapan maaf awak untuk raya nanti. Sekarang apa soalan awak dekat saya?"

Kalau tak ada juga soalan yang meluncur keluar dari mulut dia, memang aku akan angkat kaki dan masuk ke dalam rumah. Lebih baik aku duduk berkurung dalam bilik daripada berdua-duaan dengan Aidan yang suka beat around the bush.

Pengantin Bidan TerjunWhere stories live. Discover now