Bab 19

1.1K 141 16
                                    

Selesai saja sembahyang isyak berjemaah, terus Aidan menghilang tanpa sebarang khabar berita. Dia keluar dari rumah bersama barang peribadi di tangan. Agaknya dia pergi healing selepas kes petang tadi. Otak dia terlampau runsing gara-gara ayat tersirat dan tersurat aku.

Puas hati aku!

Padan muka Ahmad Aidan!

Aku gelak jahat dalam hati. Tak boleh gelak secara terang-terangan kerana ada mak su di depan mata. Tak fasal-fasal tamparan berapi mak su hinggap di paha aku nanti.

"Del..."

Dalam banyak-banyak orang, hanya mak su seorang yang panggil Del dekat aku. Dan, aku pun suka. Rasa lebih ringkas dan pendek. Kadang-kadang, Del akan upgrade jadi Delina. Sentiasa bertukar-tukar mengikut mood semasa mak su.

"Ya, mak su." Ceria aku menyahut. Tindak balas yang sangat berbeza. Kalau dengan Aidan, jangan harap aku nak bersopan santun macam ni.

"Boleh mak su tanya something? Soalan personal. Boleh, Delina?"

Bila suara mak su yang lemah lembut bertukar tegas. Siap sebut Delina lagi dan bukannya Del. Itu bermaksud aku kena bersiap sedia daripada segi mental dan fizikal untuk sebarang kemungkinan. Tiada lagi sesi sembang santai antara kami berdua. Mak su dah mula masuk mood serius.

"Mak su nak tanya apa? Insya-Allah Del akan cuba jawab."

"Ahmad Aidan ada hina Del lagi? Dia masih layan anak saudara kesayangan mak su macam musuh?"

Bibir aku tersenyum nipis sesaat. Rasa lawak bila mak su panggil Aidan dengan nama penuh. Terasa makin menyerlah aura mak su sebagai cikgu di sekolah menengah.

"Alhamdulillah, tak."

"Betul? Del tak tipu mak su?" Gesa mak su sambil pegang lengan sebelah kanan aku. Mata hitam mak su pula menghunus tepat pada raut wajah aku.

"Sumpah, mak su! Aidan dah tak hina Del sekarang." Kedua-dua belah tangan terangkat ke atas. Bersungguh-sungguh aku angkat sumpah di hadapan mak su.

"Sungguh mak su. Del tak tipu mak su kali ni."

Ketika ayat terakhir menjadi sebutan di bibir, lemah saja intonasi suara aku. Seakan-akan sedang berbisik pada malaikat Raqib dan Atid. Terlampau risau kalau mak su mengamuk dan mula mengungkit habis sikap buruk si anak saudara.

Sejujurnya, aku dah banyak kali menipu mak su. Mungkin lebih dari lima kali dalam tahun ini saja. Sebab itu, mak su macam waswas dengan jawapan balas aku tadi.

Tapi, aku menipu demi kebaikan bersama. Aku tak nak mak su susah hati. Jadi, aku terpaksa sembunyikan fakta bila berkongsi cerita dengan mak su.

Dan Hanani a.k.a kawan dari syurga aku, akan jadi tukang pembongkar kebenaran. Tak sampai 24 jam, habis kantoi penipuan aku dekat mak su.

"Mak su tak percaya Del?" Aku tayang muka menagih simpati. Kelopak mata terkelip-kelip dalam beberapa kali.

"Mak su sentiasa percaya kamu, Delina. Hanya Del yang suka sangat pendam semua sorang diri. Macam kes Aidan."

Tanpa sebarang signal, penampar mak su mendarat di lengan aku. Sejurus kemudian, mak su tarik memanjang kedua-dua belah pipi. Aku dah ibarat doh roti canai di tangan mak su malam ini.

"Nasib baik mak su ada Nani. Boleh dia jadi CCTV bergerak mak su," tambah mak su selepas puas melepaskan geram.

Walaupun mak su duduk di kampung, tetapi mak su sentiasa up-to-date dengan kisah hidup aku di bandar. Semuanya kerana Nani. Setiap hari, dia akan hantar laporan lengkap tentang aku dekat mak su. Tak pernah missed.

Pengantin Bidan TerjunWhere stories live. Discover now