1

4.8K 108 5
                                    

Ya Allah Aulia Malaikha! Lembik betul lah kau ni. Baru berjalan beberapa kilometer pun dah termengah-mengah. Itulah abang Umar suruh workout masa cuti sementara tunggu kemasukan kau tak nak. Kan dah mendapat.

LEMAH! Bak kata abang Umar dengan gaya mukanya yang menyakitkan hati.

"Huh! Universiti ni tak boleh buat besar lagi ke?" Aulia membetulkan totebag di bahu yang hampir jatuh.

"Kau ni Al" belakang Aulia ditampar kuat.

"Kau membebel apa Senah? Sikit je lagi nak sampai dewan kuliah khawarizmi tu. Bingit lah telinga aku dengar kau membebel. Cuba kau diam sekejap untuk hari ni" selamba Sofeya rakan serumah Aulia menegur. Walaupun mereka baru kenal tetapi rasa seperti sudah lama kenal. Tambah lagi dua-dua masuk air.

"Aduh, sakit lah gila!"

"Tahu pun. Mulut tu kunci"

"Aku bukan apa Feya. Tak boleh ke lecturer buat perjumpaan ni dekat dewan kuliah fakulti kita tu. Nak jugak buat dekat dewan kuliah jauh-jauh. Aku makhluk bumi yang terpaling malas nak berjalan walaupun selangkah"

Dari semalam Aulia membebel tentang perkara ini. Dia memang tidak gemar nak berjalan jauh-jauh. Lecturer pula nak buat perjumpaan untuk semua pelajar degree kos perancang bandar ni. Haih!

Masuk sahaja ke dewan kuliah khawarizmi terus Aulia mendapatkan tempat kosong. Daripada jauh lagi Aulia nampak kerusi di barisan ketiga dari atas ditepi tangga seperti tempat yang strategik untuk melakukan kerja jahatnya. Nak tidur atau nak makan tak akan ada sesiapa yang perasan. Cunzz! Terus Aulia berlari mendapatkan tempat itu untuk dirinya dan Sofeya.

Aulia mengaduh kesakitan apabila bahunya berlanggar dengan seseorang tatapi Aulia tidak mempedulikannya. Asalkan dia dapat tempat itu.

"Laju kau ya" tegur Sofeya.

"Semestinya demi tempat yang strategik" berkali-kali Aulia mengangkat keningnya.

"Ni mesti kau nak tidur kan?" Sofeya mengecilkan mata menunggu jawapan rakannya itu. Tahu samgat perangai Aulia. Dimana ada aircond dan kipas, disitulah Aulia boleh membuta.

Lagi sekali Aulia mengangkat keningnya sambil senyum nakal.

"Selamat pagi semua. Saya harap semua sudah berada di dalam dewan kuliah ini. Sebelum kita mula, tolong isikan senarai nama kamu dalam borang yang saya akan bagi ini. Mudah untuk saya kesan siapa yang tak hadir. Saya akan ambil tindakan untuk orang yang sengaja tidak hadir"

Tegas sahaja bunyinya. Seorang pensyarah perempuan lingkungan umur 30an memberikan borang kehadiran.

"Aduh, aku ingatkan waktu sekolah je tak boleh ponteng. Sampai universiti pon sama je" bisik Aulia pada Sofeya yang sedang khusyuk mendengar kata-kata pensyarah.

"Kalau kau sesuka hati tak nak datang kelas, pegi buat universiti kau sendiri. Kau sendiri yang mengajar, kau sendiri yang belajar. Sampai abang jamil mampus"

Pipi Sofeya dilempang. Tidak kuat tapi terteleng juga kepala Sofeya dibuatnya.

"Minat betul kau dengan pipi aku ya" Sofeya memegang pipinya.

"Awak, nah borang" pelajar didepannya memberikan borang kehadiran.

"Terima kasih" boleh pulak si Aulia ni cakap elok-elok dengan orang lain. Kalau dengan Sofeya bukan main.

Setelah selesai nama mereka diisi, Aulia ingin berikan pada pelajar lelaki yang duduk selang dua kerusi disebelah kirinya. Kedua-dua kerusi sebelahnya rosak menyebabkan Aulia terpaksa memanggil lelaki itu.

Ermm. Apa aku nak panggil ni. Awak? Eeii macam baik sangat. You? Macam menggatal pula. Aulia melihat kiri kanan. Macam mana ni? Aulia menoleh kebelakang mungkin dia boleh beri pada orang belakang dahulu. Kebetulan budak lelaki dibelakangnya sedang memandang.

Rare Husband (new version)Where stories live. Discover now