20

1.4K 76 3
                                    

Badan Aulia terasa bergerak sedikit. Dia merasakan seperti berada dalam kenderaan yang dipandu laju. Perlahan-lahan Aulia membuka mata memandang seorang lelaki duduk di sebelah sambil menggenggam tangannya erat.

Peralatan dan bunyi kenderaan yang dipandu ini jelas menunjukkan dia sedang berada di dalam ambulan. Lelaki yang tertunduk itu tidak berhenti meminta maaf. Lelaki itu terus mengangkat muka apabila Aulia menarik tangannya perlahan.

"Aulia, kau dah sedar? Pandang aku. Ni berapa?" Dia menunjukkan dua jarinya.

Aulia hanya mengangguk perlahan. Mulutnya masih terasa sakit akibat tamparan yang kuat. Aulia mengangkat dua jari. Soalan apa lah dia tanya aku ni?

Automatik Aulia menangis selepas kejadian pahit yang menimpanya kembali bermain dikotak fikiran. Dia amat bersyukur dirinya dan maruahnya selamat. Aulia sempat mendengar suara polis datang sebelum dia pengsan.

Nadiem cemas. Dipandang seluruh tubuh Aulia. Risau jika ada luka dimana-mana.

"K-kau kenapa? Kenapa menangis? Kau jangan buat aku cuak. Aku minta maaf sebab tak angkat call kau. Kenapa kau tak bagitahu nak keluar? Kenapa beli barang sorang?" bertubi-tubi soalan diajukan pada Aulia membuatkan Aulia berkerut dahi.

Sempat lagi dia nak bergaduh dengan aku. Aulia menarik tangannya kasar.

"Kalau awak nak bergaduh dengan saya, lupakan ajelah. Saya malas nak layan" kata Aulia lemah. Muka dipalingkan ke arah lain.

Tangan Aulia kembali digenggam. Aulia cuba menarik tangannya tetapi semakin erat genggamannya.

Tiba-tiba Aulia teringat pada Zara.

"Zara mana?"

"Siapa Zara?"

"Budak yang kena culik dengan saya tu"

"Oh, dia dibawa ke balai. Untuk buat keterangan"

Aulia angguk mengerti.

"Boleh tak kau fikir diri kau dulu sebelum orang lain?"

Nak cari gaduh lagi ke dia ni? Hobi dia memang cari gaduh dengan aku ke? Tak penat ke? Aulia hanya diam dan memejamkan matanya. Tangannya ditarik semula.

"Aulia, aku minta maaf"

Genggaman tangan Aulia dieratkan lalu dicium. Entah kenapa jantung Aulia berdebar bila diperlakukan begitu. Sepertinya dia sedang berjumpa dengan seorang Nadiem disisi yang berbeza.

Nadiem duduk di sisi katil Aulia. Wajah kecil Aulia yang sedang tidur itu dipandang lama. Rambut ikal Aulia yang menutupi sedikit mukanya di ketepikan. Cantik sangat kau ni Aulia. Bertudung cantik, tak bertudung lagi lah cantik. Nadiem menongkat dagu merenung wajah Aulia sepuasnya.

Sebaik saja Aulia sedar dari tidur, mata terpandang sepasang mata milik Nadiem yang sedang menatapnya.

"Awak kenapa pandang saya macam tu?"

Nadiem masih merenungnya. "Saja je" Sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Aulia duduk dari baringnya.

Dia memegang kedua pipi. Ada yang tak kena dengan muka aku ke? Aulia memegang kepalanya. Tidak bertutup walau dengan sehelai kain. Cepat-cepat Aulia menarik selimut menutup kepala.

"Apa awak buat dekat saya? Mana tudung saya?"

"Mana ada aku buat apa-apa. Aku sampai tadi kau memang dah macam ni"

"Tipu!"

"Betul lah"

"Tipu! Penipu!"

"Suka hati kau lah"

Rare Husband (new version)Where stories live. Discover now