3

1.3K 54 1
                                    

Chocolate Cream Frappucino dihirup. Hampir setengah cawan dihabiskan. Mana pula abang Umar ni. Tadi kata pukul tiga, sekarang sudah pukul 3.45 petang. Hampeh betul! Dia yang nak jumpa, kita pula kena tunggu.

"Hello budak kecik!" sapa abang Umar sebelum melabuhkan duduk tanpa rasa bersalah.

"Jam abang tu rosak ke? Sekarang dah pukul 3.45 tahu tak?"

"Ya, abang minta maaf. Tadi abang hantar kak Tasha balik. Kami baru lepas beli barang hantaran" terang abang Umar bersungguh.

Abang Umar menghitung hari untuk hari bahagianya. Lepas sahaja pulang dari Abu Dhabi atas urusan kerja terus sahaja membuat persiapan hari perkahwinannya dengan kak Tasha. Serba salah dibuatnya kerana Aulia tidak dapat menolong persiapan hari bahagia abangnya sendiri.

"Ada apa nak jumpa adik ni?"

"Saja nak jumpa budak kecik ni. Dah lama tak jumpa. Kenapa? Abang tak boleh nak jumpa adik abang ni ke?"

"Tak ada lah. Cuma pelik je" Aulia mengecilkan mata. Ragu-ragu.

"Nanti abang dah kahwin tak boleh nak manja dengan adik abang ni" Umar mengusap kepala si adik kasar.

Habis serabut tudung dibuatnya. Entah kenapa terasa sebak bila abang Umar berkata begitu. Selama ini pun memang abang Umar lah tempat dia mengadu.

"Jangan nak termenung sangat Al. Teringat boyfriend ke?"

Aulia tersedar. Rupanya dari tadi dia mengelamun. Boyfriend? Tiba-tiba fikirannya memikirkan seseorang. Seseorang yang cukup dia kagumi.

"Abang, Al nak tanya sikit boleh?"

"Sejak bila minta izin kalau nak tanya ni?"

"Harini" selamba Aulia menjawab. Air abang Umar yang baru sahaja dihantar oleh pelayan cafe itu diambil lalu diminum. Cream yang melekat dibibir atas dijilat.

Abang Umar ketawa.

"Macam mana nak pikat hati seseorang?"

"Eh, adik abang ni dah jatuh cinta ke?"

"Hish orang tanya dia, dia tanya kita balik. Jawab dulu soalan Al tadi" Aulia membuat muka.

"Erm. Mungkin Al boleh tunjukkan keikhlasan Al pada dia atau tunjukkan effort Al pada dia"

Aulia mengangguk faham. Mereka berbual-bual seketika. Pada masa yang sama Aulia membeli dessert yang dijual cafe itu untuk Sofeya. Sesekali orang nak belanja, apa salahnya kita kikis terus duit abang sendiri.

***

Aulia ke hulur ke hilir. Sengaja Aulia keluar awal untuk berjumpa Nadiem. Niatnya hanya ingin mengucap terima kasih sebab menolongnya tempoh hari.

Bayang Nadiem dicari-cari. Mana dia ni? Dia tak ada kelas ke pagi ni? Aulia menunggu di tangga utama. Memang semua pelajar akan menggunakan tangga ini.

Aulia terus memperkemaskan diri apabila bayang Nadiem dan kawan-kawannya sudah kelihatan. Wajah gembira Nadiem bersama kawan-kawannya dipandang. Alahai cairnya hati. Kan best kalau dia senyum macam tu pada aku.

"Awak"

Aulia memanggil Nadiem sejurus Nadiem dan kawan-kawannya ingin naik ke kelas. Yang dipanggil seorang, yang berhenti kesemuanya. Tebalkan sajalah muka kau tu Aulia. Mereka mula mengusik Nadiem.

"Wuuu! Nadiem ada peminat laaa!" masing-masing menyakat Nadiem. Pelajar yang lalu-lalang pun mula memandang. Memalukan tetapi dia tidak kisah. Asalkan tak mengganggu markah akhir mereka sudah.

Rare Husband (new version)Where stories live. Discover now