14

1.7K 75 7
                                    

Aulia memandang keluar tingkap. Malas mahu bercakap dengan lelaki di sebelahnya. Buat sakit hati aje. Setiap kali jumpa, ada saja nak menyakitkan hati.

"Marah?" tanyanya.

Aulia hanya diam. Biarkan dia cakap sorang-sorang. Peduli apa aku.

Nadiem memberhentikan kereta disesuatu tempat. Aulia memandang sekeliling. Ke mana pula dia bawa aku ni. Kata nak hantar balik. Jambatan apa pula ni?

"Jom"

"Pergi mana? Bunuh diri dekat jambatan ni? Kalau awak nak bunuh diri, jangan ajak saya. Saya ni tak banyak amalan lagi"

Ketawa besar Nadiem mendengarnya.

"Pergi hilangkan marah kau tu lah. Jangan banyak cakap. Jom"

Nadiem terus keluar dari perut kereta diikuti Aulia dari belakang. Aulia melihat ada sekumpulan orang dihadapannya. Kenapa tu?

Bro! Jerit seorang lelaki dari jauh. Nadiem hanya mengangkat tangan sebagai menyahut.

"Lama tak jumpa kau, bro. Mana hilang?"

Kedua-dua penumbuk dilagakan. Macam tak boleh nak salam elok-elok. Tak sekolah eh? Bengang Aulia tak habis lagi.

"Aku ada je. Sibuk sikit"

Aulia melihat mereka berbual seketika kemudian beralih pada seseorang yang ingin terjun jambatan. Terbeliak mata Aulia apabila orang itu terjun. Dia terus berlari melihat dari tepi jambatan. Bungee jumping! Seronoknya!

"Busy atau dah jumpa kebahagiaan?" Lelaki itu mengangkat kening. Mata mata bergerak memandang Aulia bersama senyuman mengusik.

Nadiem menyimpul senyum. Dia memandang ke sebelah apabila lengannya dicuit Aulia.

"Awak, boleh tak saya nak cuba bungee jumping sekejap"

Aulia menunjuk ke arah orang yang ingin terjun dari jambatan itu. Dia melompat-lompat kecil teruja. Tak pernah lagi dia lakukan aktiviti mencabar seperti ini. Untung pula hari ini dia memakai seluar dan sneakers.

"Of course dia bagi sis" sampuk lelaki itu "Aktiviti ni boleh hilangkan stress tau. Jarang kalau orang tengah bahagia datang sini" lelaki itu mengerling ke arah Nadiem.

Terkebil-kebil Aulia di situ. Tak mengerti. Dia cakap apa ni? Tak faham.

Aulia mengikut semua arahan. Semua peralatan keselamatan sudah dipakai. Jantung berdebar-debar tidak keruan. Takut tetapi teruja mahu mencuba. Aulia berdiri betul-betul diatas jambatan itu. Apabila menoleh ke bawah terus dalam hati beristighfar. Pergh! 40 meter ke bawah babe! Ni kalau jatuh memang tak sempat nak mengucap terus ke alam ayah pin.

Nadiem memeluk tubuh memerhati Aulia dari atas dengan senyuman tak lepas dari bibir.

"Okey sis, nanti saya akan kira satu dua tiga then sis boleh terjun tau" Kata lelaki ditepinya. Dia lah instructor yang memberi semua arahan disini. Pekerjanya yang lain hanya membantu memeriksa peralatan dan memakaikan peralatan keselamatan sahaja.

"Kejap!"

Aulia memegang dadanya. Fuh! Seram!

"Boleh jerit kan?"

Soalan apa lah yang kau tanya ni Aulia. Of course lah boleh. Orang bisu je main bungee jumping ni senyap sepi tanpa kata.

Dia hanya mengangguk sambil tersenyum. "Kalau sis nak cakap apa yang tersimpan dalam hati pun boleh"

Nadiem ditepi hanya jadi pemerhati. Serious saja mukanya. Biarlah. Muka dia memang macam tu dari dulu.

Aulia menunjukkan ibu jari tanda ready.

Rare Husband (new version)Where stories live. Discover now