7

1.4K 64 2
                                    

"You, tengok perempuan tu cakap I macam tu" Hana mengadu pada Nadiem sambil memuncungkan mulutnya.

Nadiem menarik tangannya yang dari terus dipegang. Riak rimas tidak dapat disembunyikan dari wajah itu.  "Lepaskan aku"

Kononnya Hana nak merajuk tetapi tidak dilayan. Imran menepuk bahu Nadiem lalu dicengkam sedikit.

"Apa kau ni Nadiem. Kau tak patut libatkan mak ayah dia" kata Imran.

"Ye dowh. Mana tahu dia ada bad story pasal parents dia. Kau pulak hina mak ayah dia sekali. Lagi satu, kita tak boleh salahkan mak ayah atas perbuatan seorang anak. Kadang-kadang anak sendiri yang pilih jalan tu" kata rakannya seorang lagi. 

Tidak dinafikan, Aulia terlalu obses pada Nadiem sampai memalukan diri sendiri tetapi kata-kata Nadiem amat kejam untuk seorang perempuan. Siapa je yang suka mak ayahnya dihina dan dipijak seperti itu.

Nadiem maraup muka. Serba salah menyelebungi dirinya ketika ini. Tambah pula wajah Aulia yang sembab akibat menangis tadi muncul di fikirannya.

***

Aulia mengemas barang-barangnya. Semua baju dari almari dicampak terus ke dalam bagasi. Malas nak lipat elok-elok. Yang berada difikirannya sekarang hanya balik ke rumah.

"Kau nak pergi mana ni Al?" tanya Sofeya.

"Aku nak balik rumah" tangan Aulia masih tangkas mengemas tanpa menoleh memandang Sofeya.

"Habistu kelas macam mana?"

"Aku datang waktu kelas je. Lepastu aku balik"

"Al..." sayu suara Sofeya memanggil. Dia turut sedih apabila kawannya seorang ni sedih.

Hati Aulia bagai ditampar ketika itu. Air mata sekali lagi jatuh membasahi pipi mulusnya. Sofeya terus mendapatkan rakannya itu lalu dipeluk erat.

"Sabar Al. Kau boleh nangis dekat bahu aku. Aku ada dengan kau" pujuk Sofeya sambil mengusap belakang Aulia. Semakin deras air mata Aulia. 

"Aku tak akan maafkan dia sebab dia dah hina mak ayah aku"

"Ya. Ya. Aku faham"

***

Malam itu abang Umar mengambilnya di kolej. Aulia hanya diam membisu di dalam kereta. Abang Umar kenal sungguh dengan perangai adiknya. Pasti ada sesuatu yang telah berlaku. Dia membiarkan adiknya tenang dahulu. Tangan tua ayahnya di salam dan terus naik ke bilik. 

Hampir seminggu Aulia berkurung. Keluar bilik hanya untuk makan dan ke universiti sahaja. Ada juga beberapa kali Sofeya datang menjenguk Aulia, tetapi tidak ada apa yang berubah. Aulia masih berkurung.

Abang Umar tidak bertanya pada Aulia apa yang berlaku malah dia hanya membuat spekulasi sendiri bahawa adiknya sedang putus cinta. Kalau lah dia tahu siapa yang buat adiknya menangis macam ni, jadi sup tulang dibuatnya.

Azan maghrib sudah berkumandang. Tanpa lengah Aulia mempersiapkan diri untuk menghadap yang Esa. Selesai solat, Aulia yang masih bertelekung mengangkat tangan ingin memohon doa. Entah kenapa hatinya tiba-tiba sebak memikirkan perkara yang berlaku sebelum ini. 

"Ya Allah, betapa terlukanya hatiku untuk meminta kau menghapuskan namanya dalam hatiku. Dan jika saja cinta itu hilang, bawalah sekali harapan dan anganku itu pergi. Sesungguhnya Engkau maha tahu siapa yang terbaik bagiku. Amiin"

Aulia menyapu kedua tapak tangannya kemuka. Kedua tangan cuba ditekan mulutnya. Terasa dada ini sakit apabila menahan suara yang keluar. Ingin saja dilepaskan tapi takut abah dengar. Dada ditumbuk berkali-kali. Sakit Ya Allah!

Aulia baring di atas sejadah. Disebabkan terlalu banyak menangis, Aulia terasa mengantuk. Tanpa sedar, Aulia tidur di atas sejadah dengan harapan tiada lagi Nadiem Zhafran dihatinya apabila dia membuka mata.

***

Aulia membawa Mini Cooper yang abah hadiahkan padanya sempena ulang tahun ke 19. Aulia memarkir kereta agak jauh dari kelas. Dia tidak mahu bertembung dengan orang yang sudah menghina keluarganya.

Bag laptop disandangkan pada bahu kanan, beberapa fail dipeluk. Disebabkan cuaca yang agak panas, mata Aulia tiba-tiba berpinar. Mana tidaknya, sudah hampir sebulan Aulia kurang makan.

DBUK!

Aulia tersungkur jatuh. Macam mana lah batu sebesar alam tu pun boleh tak nampak Aulia Malaikha. Badan yang lemah digagahkan juga untuk bangun.

"Biar aku tolong"

Seseorang memegang kedua bahu Aulia membantunya untuk bangun. Perlahan Aulia mengangkat muka dan terkedu melihat Nadiem dihadapannya. Terus sahaja Aulia menepis.

"Tak payah"

"Aulia" panggilnya.

"Kalau awak datang sini nak hina saya lagi, terima kasih jelah. Saya dah cukup terhina dengan kata-kata awak haritu"

Nadiem diam memerhati wajah gadis di depannya. Aulia meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan Nadiem di situ. Tidak jauh dari situ, langkah Aulia terhenti. Tangan naik memicit pelapis dahi. Sebelah tangan berpaut pada dinding. Cepat-cepat Nadiem memeluk bahu Aulia.

"Kan aku kata, biar aku tolong. Muka kau pucat sangat ni"

"Saya kata tak payah! Tak faham bahasa ke?!"

"Sorry Aulia. Kali ni memang aku yang tak faham bahasa" tubuh kecil Aulia dicempung dibawa ke keretanya yang tidak jauh dari situ.

"Apa ni?! Lepaskan saya lah! Kan saya kata saya tak akan ganggu hidup awak lagi" Aulia meronta untuk dilepaskan. Nasib baik tiada sesiapa di situ. Kalau tidak, namanya juga yang akan hebohkan satu universiti.

"Aku tengok keadaan kau tadi cukup mengganggu kehidupan aku. Kau izinkan aku hantar kau ke hospital then ikut suka kau nak buat apa" kata Nadiem dengan wajah serius.

Aulia diam tidak membantah. Tak larat nak bergaduh waktu ini. Kepalanya disandar ke dada bidang Nadiem.

***

Mata Aulia melilau disekitar bilik itu. Dia terus duduk dari baringnya. Bilik yang agak besar dan dia seorang saja di bilik itu jelas yang dia sedang berada di bilik VIP. Laju kepala menoleh ke arah pintu apabila seorang nurse masuk ke bilik itu.

"Alhamdulillah Puan dah sedar" nurse itu memberikan senyuman yang manis pada Aulia. Dia menjalankan tugasnya memeriksa apa yang patut. Puan? Dah kenapa nurse ni panggil puan? Dia tak tahu aku ni single mingle triple

"Suami puan tinggalkan makanan ni. Dia pesan puan kena makan makanan ni sebelum keluar hospital. Selagi puan tak makan, suami puan tak bagi keluar"

Mata Aulia beralih ke arah bag kertas. Aulia mengintai sedikit ke dalamnya. Terdapat sebekas makanan dan thermos air. 

"Terima kasih. Tapi saya bukan--"

"Suami puan kata dia akan bayar bil hospital bila puan keluar nanti. Jadi, dia minta puan tunggu dia sampai dia datang"

Pantas nurse itu memotong sebelum sempat Aulia ingin beritahu kebenaran. Aulia hanya angguk mengerti.

"Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu ya"

Aulia hanya memberikan senyuman dan sedikit tunduk tanda terima kasih. Dia membuka bekas makanan tadi. Bubur ayam. Wap yang menampar wajahnya jelas ia baru sahaja dimasak. Baunya juga seperti sedap. Air di dalam thermos di hirup. Hot chocolate pun sedap. 

Bubur ayam habis dimakan. Memang tidak dinafikan, sangat sedap. Teringat bubur yang arwah ibunya buat dahulu setiap kali dia sakit. Dia memejamkan mata menghadiahkan Al-Fatihah untuk arwah ibunya.

Semasa Aulia memasukkan semula bekas makanan dan thermos air ke dalam bag, dia perasan ada nota kecil di dalamnya.

'Jangan lupa makan bubur tu. Mak aku yang masak. So, you must finish it. Hot chocolate tu je yang aku buat. Kalau tak sedap boleh kutuk aku dalam hati.' - Nadiem Zhafran

Tawa Aulia meletus membaca ayat terakhir itu. Tawanya memudar saat teringat kata-kata hinaan Nadiem padanya. Nota kecil tadi dicampakkan semula ke dalam bag kertas. Aku tak akan terpedaya dengan kau lah Nadiem.

Rare Husband (new version)Where stories live. Discover now