10

1.6K 68 4
                                    

Aulia termenung memandang syiling bilik. Walaupun diberi cuti seminggu, masih terasa bosan pula dirumah saja. Abah pula selalu ke surau lah, bercucuk tanam depan rumah lah. 

Maka, Aulia membuat keputusan untuk mengisi masa lapangnya dengan mendengar lagu. Layan perasaan best juga. Bag tangan digelodah untuk mencari earpod. Bukan earpod yang dia bawa keluar malah sampah dia jumpa.

Siapa yang baung sampah dalam bag aku ni?! Tiba-tiba Aulia teringat kad yang Nadiem pernah berikan padanya. Serba-salah menyebungi diri. Dah dua kali hantar aku ke hospital tapi aku tak pernah ucapkan terima kasih pada dia. Mesti dia ingat aku tak kenang budi dia kan? Cepat-cepat Aulia geleng kepala menidakkan apa yang dia sedar fikirkan.

Buat apa nak mesej dia? Bukan aku yang minta tolong dia.

TING! Aulia membuka mesej yang diterima.

Memang kau ni sejenis tak kenang budi ke? - Anonymous (5.45 pm)

Berkerut dahi Aulia. Siapa ni? Salam tak ada tiba-tiba cakap macam dah kenal lama. Memang minta kena maki agaknya.

HELLO! AWAK NI SIAPA TIBA-TIBA NAK CAKAP SAYA TAK KENANG BUDI?! - Aulia (5.45 pm)

Helloooo. Aku yang tolong kau haritu boleh buat-buat lupa pulak - Anonymous (5.46 pm)

Tangan Aulia terhenti daripada menekan keyboard mesej. Siapa? Aku ada minta tolong sesiapa ke? Anak mata dibawa ke atas memikirkan si pemilik nombor. Ada ke? Bila?

Siapa eh? - Aulia (5.46 pm)

Nadiem Zhafran your buah hati😎 - Anonymous (5.46 pm)

Nadiem? Eh, bila masa pulak kau buah hati aku?!

First, encik bukan buah hati saya. Second, macam mana encik boleh dapat nombor saya? - Aulia (5.46 pm)

Sikeret - Anonymous (5.46 pm)

Meremang bulu roma Aulia dibuatnya. Seram pulak dengan lelaki ini.

Nak apa ganggu kehidupan saya ni yang aman lagi tenteram ni? - Aulia (5.47 pm)

Aku nak ajak kau dinner sebagai balasan aku hantar kau hospital haritu - Lelaki psyco (5.47 pm)

Laa pulak. Selama ni dia tak ikhlas lah tolong aku? Lebih baik tak payah tolong! Pekerja Myammar tu kau yang pecat bukan aku! Aulia menutup mulutnya dengan bantal. Dia menjerit sekuat hati. Nama contact yang baru sahaja ditukar kepada 'lelaki psyco', diubah semula menjadi 'buruk siku'.

Maaf lah ya, saya lebih sanggup bayar duit minyak daripada keluar dinner dengan encik. Tak ada faedah langsung. Lebih baik saya duduk rumah tengok barbie and 12 dancing princess - Aulia (5.47 pm)

Barbie? Like seriously Aulia? Btw aku tak nak duit minyak. Duit aku dah cukup banyak untuk bayar duit minyak sendiri. Sekarang yang aku perlukan adalah peneman untuk dinner malam ni  - Buruk siku (5.47 pm)

Berlagak tahap dewa dia ni. Dah lah buruk siku lepastu berlagak pulak tu. Semua 'b' ada dekat dia. Biadap, bebal, bengap. Semua lah. Dah ada duit tu, pergi lah cari perkhidmatan peneman dinner. Kenapa cari aku?!

Tak nak - Aulia (5.55 pm)

Aku tak suruh kau pilih dan ini bukan pilihan yang boleh kau pilih nak atau tak - Buruk siku (5.55 pm)

Seen

Ooo seen aku ya. Lepas maghrib nanti aku ambil kau dekat rumah. Objections are not accepted. Full stop - Buruk siku (5.56 pm)

Telefon terus dicampak ke sebelah. Arghh! Sakitnya hati! Kenapa mesti jumpa dia balik!

Setelah selesai solat maghrib, Aulia membuka almari bajunya seluasnya. Jari telunjuk diletakkan atas dagu. Nak pakai baju apa ya? Dress atau blouse? Aulia mengetuk kepalanya sendiri. Dah kenapa beria nak pilih baju? Pintu almari ditutup semula. Apa nak jadi pun jadilah, aku tetap tak nak pergi.

Rare Husband (new version)Where stories live. Discover now