2

1.5K 61 2
                                    

Eh, dia pun nak pegi padang berkumpul juga ke? Gatal pula kaki ingin mengikut lelaki itu. Sengaja Aulia mempercepatkan langkah kerana mahu jalan seiring dengan dia.

"Assalamualaikum" tegur Aulia tanpa segan silu.

Nadiem pandang dengan ekor mata. Dingin.

"Tak baik tak jawab salam saya. Abah saya kata bagi salam tu sunat tapi jawab salam tu wajib. Dapat pahala tau. Awak tak nak pahala?"

"Perlu ke aku jawab kuat-kuat salam kau tu sampai satu universiti ni dengar?"

"Tak perlu tapi saya nak dengar suara bakal imam saya" Aulia kenyit mata.

Eh gatal pula kau ni Aulia. Tak apa, bukan selalu jadi gatal. Ini semua demi memikat hati si senior.

Nadiem menghela nafas panjang. Siapa minah gila ni? Dia memberi pandangan tidak berminat.

Ramai yang sudah ada di padang berkumpul. Aulia dan Nadiem adalah orang terakhir yang tiba.

"Korang berdua ni dah la lambat! Jalan terkedek-kedek sambil bersembang pula! Ingat ni jejak kasih ke?!" jerit madam Qaisara dari jauh.

Mendengar jeritan yang menakutkan itu, Aulia membatalkan niatnya untuk kawal ayu. Kelam-kabut dia berlari.

"Awak cepat! Nanti kita kena sembelih dengan madam!" Aulia menarik lengan Nadiem dengan selamba.

Sesampai saja mereka disitu, Nadiem menarik tangannya kasar. Urat malu minah ni putus agaknya.

Huh! Huh! Huh!

"Kenapa kau lam..." belum sempat Sofeya menghabiskan kata-kata, Aulia terlebih dahulu menekup mulut Sofeya.

"Kau.. huh! Bagi.. huh! Aku.. huh! Bernafas sekejap. Rasa nak mati dah ni. Semua otot aku culture shock bila aku berlari"

"Nah nah. Minum air aku ni. Kau jangan mati dulu. Nanti aku kena buat kerja sorang-sorang pula. Lepas balik site visit, kalau kau nak mati dipersilakan"

Tak guna punya kawan. Botol air diteguk. Hampir separuh air Sofeya dihabiskan.

"Habis air aku!"

"Nasib kau lah minah. Aku naik bas dulu. Ciao!" Aulia menepuk bahu Sofeya sebelum naik ke dalam bas.

Bas mula bergerak ke kawasan kajian.

"Siapa lelaki yang bercakap dengan kau tu? Kau siap pegang tangan dia lagi" tanya Sofeya ingin tahu.

"Dia lah mamat yang aku cerita tu" Aulia bercakap sedikit berbisik supaya tidak ada orang mendengar.

Membulat mulut Sofeya tanda faham.

"Tapi kenapa dia ikut kita pegi site eh?" Aulia tertanya-tanya. Aulia memeluk tubuh, satu jarinya didagu.

"Aku dengar dia senior kita yang akan guide kita nanti... and dia best student madam. Sebab tu madam ajak dia"

"Wow. Best student. I like" Jarinya telunjuk diketuk di dagu seperti muncul idea nakalnya.

"Kenapa kau suka sangat pada dia tu. Tak kan sebab muka dia yang chinese look je kot?"

"Entahlah. Dia buat aku tertarik. Tadi bila aku bersembang dengan dia, dia tak layan aku. Selama ni semua lelaki terhegeh-hegeh dekat aku tapi dia lain. Dia lansung tak layan aku. Sangat menarik tertarik kau memang debom!"

Sofeya menggeleng kepalanya. Ada saja dia ni.

Tubuh Nadiem yang berada di tempat duduk hadapan dipandang dari belakang. Lama. Hehe. Dari belakang pun nampak handsome lah crush kita ni!

Rare Husband (new version)Where stories live. Discover now