5

1.2K 49 1
                                    

Pagi ni terasa baik hati nak belanja Sofeya coffee. Sebenarnya tekaknya sendiri nak minum benda manis.

Seperti biasa menu utama bagi Aulia adalah coklat. Mata Aulia melilau sekitar café sementara menunggu airnya siap.

Tiba-tiba Aulia ternampak seseorang sedang khusyuk bermain telifonnya. Tanpa segan silu Aulia menegur.

"Abang Nadiem, tak sangka boleh jumpa dekat sini. Jodoh kita kuat betul kan?" Aulia memberikan senyuman manis. Dia melabuhkan duduk dihapan Nadiem. Pandangan beku Nadiem tidak dipedulikan.

"Abang datang seorang ke?"

"Tak"

"Abang datang dengan siapa?"

"Perlu ke aku bagitahu kau sekarang ni? Kau bukan isteri aku pun nak report dekat kau dua puluh empat jam"

"Kalau macam tu, abang jadikanlah saya isteri abang"

Berkerut seribu dahi Nadiem. Budak ni memang tak reti malu ke? Dia menggeleng kepala.

"Kau nampak tak coffee dalam cawan ni. Ada jugak yang mandi coffee pagi-pagi ni sekejap lagi"

Wuuu. Aulia mengecilkan mata memandang Nadiem. Garangnya! Makin garang makin Aulia suka menyakat lelaki pujaan hatinya itu.

"Okey okey. Saya tak kacau abang. Sekejap..."

Aulia bangun pergi ke kaunter setelah airnya siap. Aulia meminta sehelai kertas dan pen pada barista disitu. Satu nombor ditulis kemudiam kembali duduk. Aulia menolak kertas tadi pada Nadiem.

"Apa ni?" tanya Nadiem.

"Abang tak reti membaca ke? Itu nombor phone saya lah. Abang jangan lupa contact tau. Bye abang! Assalamualaikum"

Aulia beredar dari situ. Sempat dia melambai tangan seperti keanak-anakkan. Kertas tadi ditenung lama. Hanya ada nombor sahaja. Dia meliat belakang kertas. Tiada nama pemilik nombor ini. Dia terlupa untuk menulis namanya sekali lah tu. Bibir didorong ke bawah kening di angkat tinggi sebelum memasukkan kertas ke dalam poket seluar.

***

Skrin Iphone 13 pro maxnya ditenung lama. Mana dia ni? Tak mesej aku pun. Dah dua hari aku menunggu mesej dari dia. Dia tak mesej aku pun. Aku salah bagi nombor ke?

Aulia berlari ke arah Sofeya yang baru sahaja keluar dari tandas. Dari tadi Aulia mencari Sofeya. Dalam kelas tak ada di perpustakaan pun tak ada rupanya sibuk membuang hajat. Badan Sofeya digoncang keras.

"Kau kenapa ni setan? Setan apa yang rasuk kau ni? Keh! Kehh! Keluar setan!"

Sofeya menghembus ke muka Aulia kemudia dia menepis tangan Aulia dari bahunya.

"Dia tak mesej aku pun"

Aulia mencebik sambil menunjukkan skrin telefon yang gelap.

"Sudah lah tu Al. Banyak cerita dah aku dengar pasal korang berdua dekat kolej. Aku tak nak kau kecewa je nanti"

Nasihat Sofeya tidak diendahkan. Aulia bersandar di dinding. Log call dibelek. Manalah tahu ada nombor asing yang menghubunginya tetapi dia tidak perasan.

"Aku tak kesah apa orang nak cakap. Asalkan aku happy. Kita hidup ni bukan nak puaskan hati orang Feya. Now aku usaha untuk jodoh aku. Salah ke? " Kata Aulia. Matanya masih fokus memandang skrin telefon.

"Iya, memang betul. Tapi dah bernanah telinga aku dengar pasal kau. Ikutkan hati aku, aku nak je bakar diaorang tu hidup-hidup"

Slay! Terharu Aulia mendengar Sofeya membela dirinya.

Rare Husband (new version)Where stories live. Discover now