13

1.6K 67 1
                                    

Arghh! Stress nya! Boleh gila dibuatnya kalau duduk dirumah sahaja. Cukup 3 jumaat lagi, boleh masuk hospital gila agaknya.

Kak Leeza pernah beritahu tentang syarikat tempatnya intern tidak memerlukan pekerja buat masa ini. Dan ketika inilah tawaran Nadiem terngiang-ngiang di telinga. Patut tak aku hantar resume pada syarikat Nadiem? Aulia termenung memandang syiling bilik. Eh, no, no, no. Kau tak boleh macam ni Aulia.

Aulia nekad mahu keluar menenangkan fikiran. Window shopping pun best juga ni.

"Abah ooo abah!"

Dari atas Aulia memanggil abahnya. Abah yang sibuk menyiram pokok bunga di luar rumah menyahut. Semenjak dah pencen ni, itu saja lah kerja dia. Minat abah pada bunga mengalahkan perempuan.

"Abah, jom keluar" legan abah dipeluk manja.

"Pergi mana?"

"Ermm, tengok wayang?"

"Tak nak lah abah. Umur abah ni dah patut duduk dekat masjid aje tau. Wayang tu umur macam Al ni sesuai lah"

Aulia mencebik. Tangan abahnya digoncang manja.

"Please abah" rengek Aulia.

Abah menggeleng "Al pergi lah ajak kawan Al yang bawa Al keluar haritu. Apa nama dia?"

"Siapa?" Aulia berfikir sejenak. "Nadiem?"

"Ha, Nadiem. Pergi lah ajak dia"

"Alaa tak nak. Buat apa nak ajak dia. Al nak ajak abah juga. Lagipun dia mesti tengah kerja. Jomlah abah, mana tahu abah boleh jumpa jodoh baru dekat wayang tu nanti. Abah kan handsome lagi. Mesti ramai yang minat"

Aulia mengangkat kening. Mula lah akal Aulia menyakat abahnya.

"Al pernah nampak tak abah siram orang tengah hari buta ni?"

Aulia menggeleng.

"Ha, ini abah baru nak buat" air paip terus disembur pada Aulia.

Abah! Kelam kabut Aulia melulu masuk ke dalam mini coopernya. Tudung yang sudah basah dikibas-kibas. Abahnya hanya tersenyum disitu lalu menjelir lidah, Aulia pula membalas dengan menunjukkan penumbuknya lalu mereka berdua sama-sama tertawa.

Aulia tahu abah memang tidak berminat untuk mencari pengganti arwah ibu kerana ibu lah satu-satu isteri yang paling sempurna bagi abah. Tiada gantinya. Aulia harap satu hari nanti dia akan jumpa lelaki setia seperti abah. Setia sampai syurga.

Lama Aulia berfikir di dalam kereta. Nak ajak siapa ya? Sofeya? Semestinya dia tengah bekerja. Aku saja yang tengah menganggur sekarang.

Kelam kabut Aulia mencari telefonnya yang berbunyi di dalam bag. Terus diangkat tanpa melihat siapa yang memanggil.

"Hello, Assalamualaikum" Aulia memulakan bicara.

"Where are you?"

Eh siapa ni? Angkat-angkat je terus where are you. Dengan tak jawab salamnya. Aulia melihat nama yang tertera di telefonnya. Aduh, macam mana boleh tak perasan suara dia?!

"Err... Nadiem?"

"Yes, me. I'm asking, where are you right now?"

"Kenapa awak tanya?"

"I'll sent you my location. Come here right. Aku tunggu kau"

Talian dimatikan. Berkerut dahi Aulia memandang skrin telefon. Lah anak ni, belum sempat aku cakap apa-apa dah letak panggilan. Hish aku tak suka betul lah! Kau sabar jap Nadiem.

Rare Husband (new version)Where stories live. Discover now