15

1.9K 89 7
                                    

Shawl satin bewarna coklat lembut dililit dikepala. Sedikit blusher dan lipmatte ditambah bagi menambah seri mukanya.

Mata Aulia memandang telefon yang berbunyi. Hilang terus mood apabila melihat nama yang tertera disitu adal niah 'buruk siku'. Apa pula dia nak pagi-pagi ni? Niatnya mahu membiarkan sahaja panggilan itu mati sendiri tetapi berkali-kali telefonnya berbunyi. Apa dia nak ni?! Aku dah lambat lah!

"Hello"

"Morning"

"Awak nak apa?"

"Uish garangnya. Sakit tau telinga aku dengar. Pagi-pagi ni sepatutnya kita kena happy aje. Tak boleh marah-marah. Nanti cepat old"

"Awak nak cakap apa ni? Saya sibuk lah. Kalau tak ada apa-apa yang penting saya letak dulu"

"Kejap! Kejap! Aduh kau ni tak relax lah. Spoil mood betul"

Aulia menjulingkan mata ke atas. Dia tak tahu ke dia yang dah spoilkan mood orang pagi-pagi.

"Kereta kau dah siap dekat bengkel. Kejap lagi aku ambil kau kita pergi bengkel sama-sama. Aku on the way ni. Kira sampai lima belas saat, aku akan sampai depan rumah kau"

"Eh tapi..."

"Aku dah sampai. Keluar cepat"

Aulia bingkas bangun mengintai disebalik langsir bilik. Kereta Nadiem sudah berada di depan pagar rumah. Dia ni dah kenapa? Tak ada kerja ke? Bibir bawah digigit mencari alasan untuk tidak berjumpa dengan Nadiem pagi ini.

"Saya tak boleh nak ambil kereta pagi ni. Awak sent location bengkel tu pada saya. Nanti petang saya ambil sendiri"

"No, turun sekarang Aulia Malaikha. Sebelum aku gegarkan rumah kau ni"

"Berani ke?"

"Kau cabar aku?"

Aulia senyap tidak membalas pertanyaan Nadiem kerana dia tahu Nadiem tak kan berani nak buat yang bukan-bukan. Panggilan terus dimatikan.

"Aulia Malaikha! Sayang! Cinta! Jantung! Hati! Intan payung! Paku payung! Payung terjun! Payung emas!"

Liur yang ditelan terasa tersekat di kerongkong. Dia buat apa ni?! Cepat-cepat Aulia mencapai bag tangan dan failnya dan terus ke bawah. Rasa seperti Aulia tidak menjejak dua anak tangga terakhir, terus terjun aje. Tangan abah disalam kelam kabut. Abah melambai dari muka pintu.

Nadiem bersandar di pintu kereta Audinya dengan tangan memeluk tubuh sambil tersenyum. Cermin mata hitam diturunkan paras hidung. Matanya melihat Aulia dari atas ke bawah kemudian cermin matanya diletakkan semula ke tempat asal.

"Awak ni kan! Memang nak bagi semua anjing jiran saya bangun ke?" Aulia memukul Nadiem dengan failnya. Kalau ada lesung batu, memang lesung batu yang akan sampai dahulu di kepala Nadiem.

Senyum terukis dibibir Nadiem. Sinis.

"Kau yang cabar aku. Salah aku juga ke?" Bahu, tangan dan kening diangkat serentak.

Aulia menjeling Nadiem dengan jelingan tajam sebelum masuk ke dalam perut kereta tanpa berkata sepatah pun.

"Kata nak ambil kereta, cepat lah!"

Nadiem ketawa. Jam ditangan menunjukkan 8.35 pagi. Hati semakin resah. Entah sempat entah tidak sampai sebelum waktunya kalau mereka singgah ke bengkel dahulu.

Kepala menoleh memandang Nadiem disebelah. Tak habis-habis dengan cermin mata hitam. Memang 24/7 pakai cermin mata hitam ke apa?

"Err... awak. Boleh tak hantar saya dekat satu tempat dulu? Saya ada hal sikit. Lepas selesai hal saya baru kita pergi bengkel. Boleh tak?"

Rare Husband (new version)Where stories live. Discover now