4

1.2K 48 2
                                    

Kipas tangan elektronik dihalakan ke muka. Panas ya amat. Mata melilau mencari susuk tubuh Nadiem tapi masih tidak jumpa dari pagi. Mana dia ni? Sofeya tipu aku ke?

"Al, kau ni memang datang sini nak duduk saja ke? Sakit pula mata aku tengok kau. Ingat kau bos dekat sini?"

Panas telinga Aulia mendengar minah acah bagus ni. Tahu lah dia president tapi tak boleh cakap elok-elok?

"Habis tu kau nak aku rawat mata kau yang sakit tu ke? Masa sekolah aku tak masuk PBSM. Aku kelab bahasa melayu. Setiap haei aku belajar adab bercakap dengan orang" Aulia menjeling. Kau ingat aku mudah kena buli macam dia buli orang lain? Lambat lagi.

Dia terdiam. Haa tahu pulak diam. Tadi sibuk menjerit macam perempuan gila.

"Pergi bawak air mineral ni untuk budak-budak bola sepak" arahnya selamba. 

Dia menghulurkan sekotak air mineral pada Aulia. Aulia bangun dan menyambut kotak air mineral tadi. Tahu mengarah saja tapi diri sendiri pun duduk bawah khemah tak buat apa-apa. Aku hempuk kotak air ni baru tahu. Bebel Aulia sendiri.

"Boleh pula cakap elok-elok" sebelum beredar sempat Aulia beri jelingan buat muka menyampah. Nak marah? Marahlah, ada aku kesah?

Aulia menghempaskan kotak air mineral ke bangku tepi padang. Benci betul dengan minah tadi tu. Memang dari awal pun dia macam tak puas hati dengan aku. Tak tahu lah kenapa.

***

Perlawanan bola masih berlangsung. Aulia menonton dengan tidak minat. Kalau abah dengan abang Umar ajak tengok bola memang Aulia akan berkurung dalam bilik. Sukan bukan minatnya. Hari sudah semakin terik. Tangan diletakkan atas kepala melindung muka dari sinaran matahari.

Bibir yang tadinya masam kini tersenyum. Secara tiba-tiba minatnya bertukar apabila melihat Nadiem merupakan salah seorang daripada pemain bola sepak hari ini. Ya Allah machonya!

"Goodluck awak!" jerit Aulia apabila Nadiem memandangnya tetapi Nadiem membuat seperti tiada apa yang berlaku. Mungkin dia menganggap Aulia hanyalah penyokong sesama fakulti. Nadiem cekak pinggang di tengah padang. Mata di kecilkan kerana terik matahari.

Fokus mata Aulia memerhati pemain yang memakai baju jersi 24 itu. Disitu tertulis nama Nadiem dibahagian belakang jersi. Dari situ baru Aulia tahu nama encik crush.

Mata Aulia membulat apabila Nadiem tersungkur jatuh ketika dihadang oleh pihak lawan. Geram betul Aulia dengan pihak lawan itu. Suka-suka hati saja buat crush kita. Aulia terus berlari ke arah Nadiem. Semua pemain turut berkumpul pada Nadiem.

"Awak okey ke?" cemas Aulia. Nampak gaya macam Nadiem terseliuh. Lututnya juga terdapat sedikit luka.

"Kau okey tak Nadiem? Kalau tak okey, kita berhenti"kata salah seorang pemain sepasukannya.

"Eh jangan berhenti. Gantikan aku dengan pemain simpanan lain. Aku tak boleh nak teruskan"

Semua pemain tidak membantah kerana Nadiem adalah captain mereka. Salah seorang dari mereka ternampak Aulia sahaja perempuan dan bukan pemain mereka. Pasti dia sudah ditugaskan disini.

"Awak tolong bawa captain ke unit kesihatan ya" pintanya.

Aulia hanya mengangguk. Tidak membantah. Bawa crush kot. Siapa yang tak nak.

"Jom saya papah awak"

Aulia mencapai tangan kiri Nadiem dan meletakkan di atas bahunya. Nadiem menarik tangannya semula.

"Eh tak payah. Aku boleh berjalan sendiri"

Aulia berdecit. Degil pula mamat ni. Tangan Nadiem diambil semula. Perlahan-lahan Aulia memapahnya ke unit kesihatan.

Rare Husband (new version)Where stories live. Discover now