BAB 1 🌼

47 9 4
                                    

          PADA malam yang telah dinantikan, dewan yang dihias indah dengan lampu-lampu berkelipan dan hiasan mewah dipenuhi oleh tetamu yang hadir dengan pakaian formal yang elegan. Suasana meriah terasa di setiap sudut dewan dengan bunyi gelak ketawa, perbualan dan sorakan. Karpet merah yang terbentang menjadi laluan utama bagi para artis dan selebriti yang berjalan penuh gaya menuju pentas.

Majlis penyampaian anugerah dimulakan dengan persembahan pembukaan yang memukau, diikuti dengan pengumuman anugerah-anugerah dalam pelbagai kategori. Saat yang dinanti-nantikan akhirnya tiba apabila anugerah untuk Artis Wanita Terbaik bakal diumumkan. Semua hadirin diam menunggu dengan penuh debaran.

Saat inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh para selebriti wanita. Siapakah yang akan mendapat Artis Wanita Terbaik pada tahun 2024 itu?

Pengacara majlis, seorang selebriti terkenal, berdiri di pentas dengan senyuman lebar sambil memegang sampul keputusan. "Dan sekarang, anugerah yang paling dinanti-nantikan pada malam ini, Artis Wanita Terbaik," katanya dengan nada yang penuh semangat. Dia membuka sampul dengan perlahan-lahan, menambah lagi ketegangan dalam dewan. "Anugerah Artis Wanita Terbaik jatuh kepada... Ivelle Humaira!"

Sorakan gemuruh dan tepukan tangan memenuhi dewan apabila nama Ivelle disebut. Ivelle, yang duduk di barisan hadapan, berdiri dengan penuh senyuman angkuh dan memberi pandangan sinis. Dia melangkah ke pentas dengan senyuman angkuh miliknya, menerima trofi daripada pengacara majlis dan kemudian berdiri dengan percaya diri, seolah dia tahu sejak awal, dia lah pemenangnya.

"Well, there's nothing much that I wanted to say. Sedikit terima kasih kepada yang telah sudi menyokong saya. Dan...kepada yang tidak mendapat anugerah ini, cuba lagi ya tahun depan. Itupun kalau dapat." Memang sesuai dengan tingkah lakunya sendiri, itulah Ivelle Humaira.

Setelah memberi ucpan, Ivelle mengorak langkah untuk turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya.

Setelah majlis penyampaian anugerah berakhir, para tetamu berkumpul dalam kelompok kecil, berbual-bual dan berkongsi pendapat tentang persembahan dan keputusan anugerah. Di sudut dewan, dua orang artis sedang berbincang sambil memegang minuman mereka.

"Aku tak percaya Ivelle boleh bersikap macam tu tadi," kata seorang daripada mereka dengan nada sinis. "Wajahnya langsung tak menunjukkan rasa terima kasih. Dia nampak angkuh sangat."

"Betul tu," balas rakannya. "Masa dia terima trofi tu, dia macam tak peduli dengan tepukan orang lain. Sudah lah ayat terakhir dia tadi, macam merendahkah selebriti lain pula tu."

"Dia ingat, dia tu pelakon legend ke? Pelakon legend lagi baik perangai berbanding dia tu." Semakin rancak pula mereka berdua bergosip.

Perbualan mereka semakin rancak dengan gosip tentang sikap Ivelle yang dikatakan angkuh. Tanpa disedari, Ivelle sebenarnya berada tidak jauh dari situ. Dia sedang duduk sendirian di sebuah meja, mendengar setiap kata yang keluar dari mulut mereka.

Namun, Ivelle hanya tersenyum tipis dan menghirup minumannya perlahan-lahan. Dia memilih untuk tidak menghiraukan kata-kata tersebut. Baginya, malam itu adalah malam untuk meraikan kejayaannya, bukan untuk memikirkan pendapat orang lain yang tidak memahami perasaannya.

Kenapa nak kisah orang cakap apa, betul tak? Just be yourself.

Biarlah gosip bertebaran, dia tahu apa yang sebenarnya penting untuk dia meneruskan perjuangannya dalam dunia seni dan tidak membiarkan kata-kata negatif menjatuhkan semangatnya.

Ivelle duduk dengan wajah yang jelas menunjukkan rasa bosan. Dia mengeluh perlahan sambil memerhati sekeliling dengan pandangan yang kosong. Dari tadi, dia asyik menggoyangkan cawan miliknya.

Ivelle Benjamin | OGWhere stories live. Discover now