BAB 2 🌼

35 7 11
                                    

          "Mama, Esha nak pergi tandas." Anak kecil yang bernama Esha itu menggoyangkan pergelangan tangan Natasha sambil menahan hajat yang dari tadi dia tahan.

"Kenapa tak pergi tadi?" soal Natasha yang sedikit geram melihat kelakuan anak perempuannya ini.

"Tadi Esha tak rasa nak pergi tandas. Pelase mama...Esha dah tak tahan." Dengan berusaha pula Esha mencuba untuk memujuk Natasha supaya menemaninya.

Mengeluh sekejap, Natasha akhirnya memandang Aslan yang berdiri disbelahnya. "Aslan, akak pergi bawa Esha pergi tandas dulu tau."

"It's okay kak. Aslan boleh tunggu."

"Baiklah kalau macam tu. kalau Aslan rasa akak lama, Aslan boleh balik dulu. Nanti akak boleh balik guna taxi." Rasa bersalah pula apabila dia terpaksa membuat Aslan menunggu.

Kalau itu suaminya, memang dia tak kisah pun kalau Ershan nak menunggu lama atau tak. Tapi, ini pula adik iparnya. Natasha tak ingin membebankan Aslan.

"Tak apa. Aslan boleh tunggu." Seolah tahu apa yang dirasakan Natasha, Aslan mencuba untuk meyakinkan.

Natasha dan Esha langsung menunju kearah tandas perempuan, meninggalkan Aslan yang berdiri sambil menunggu keduanya.

Macam mana dia boleh berakhir jalan bersama kakak ipar dan anak buahnya sendiri? Semuanya kerana abangnya.

Esha meminta ke shopping mall untuk ditemani oleh Natasha dan Ershan. Tapi sayang, Ershan harus terbang ke luar negara atas urusan kerja yang penting.

Disebabkan Esha sayang dengan pakciknya, Aslan Benjamin, dengan beribu rayuan yang Esha gunakan supaya Aslan ikut serta.

Aslan melangkah perlahan-lahan ke dalam shopping mall yang penuh dengan hiruk-pikuk manusia. Cahaya dari lampu-lampu neon yang tergantung di siling menerangi setiap sudut, sementara bunyi derapan kasut dan gelak tawa riang memenuhi ruang.

Di hadapannya, sekumpulan anak kecil berlarian, berkejar-kejaran sambil ketawa terbahak-bahak. Mereka tidak peduli akan dunia di sekeliling mereka. Mereka hanya memikirkan kegembiraan saat itu.

Aslan terhenti sejenak, matanya terpaku pada seorang anak lelaki kecil yang sedang bermain kejar-kejar dengan teman-temannya. Wajahnya serta-merta berubah menjadi sayu. Hatinya tiba-tiba dihimpit perasaan pilu yang sukar digambarkan. Dia teringat akan arwah anak lelakinya, Isac, yang telah lama meninggalkannya.

Ah...andai Isac masih ada, mungkin dia juga akan bermain seperti ini, tertawa riang tanpa beban. Atau, mungkin dia akan sebaya dengan anak-anak ini. Tiada apa yang mampu menjelaskan apa yang Aslan rasakan saat ini.

Air mata Aslan bergenang di kelopak mata, namun dia segera mengesatnya. Dia tahu hidup mesti diteruskan, namun kenangan bersama Isac tetap kekal di sudut hatinya yang paling dalam.

Tanpa disedari, sebutir air mata jatuh ke pipinya, membasahi kenangan yang sudah lama tersimpan rapi.

Sekali lagi, Aslan mencuba untuk menahan. Malu lah kalau dia menangis secara tiba-tiba tanpa orang lain tahu sebab apa. Aslan memandang telefon pintar miliknya saat merasakan telefon pintar itu bergetar.

Dengan tatapan yang serius, matanya menatap skrin itu. Ada yang memberikan pesanan kepadanya. Baru saja dia ingin membalas pesanan itu, seseorang memeluk lengan tangan kanannya.

"Hai sayang."

********

          "YOU nak pergi mana lagi?"

"I nak pergi tengok beg dekat Dior. I dengar, new collection dah sampai dah." Dengan handbag berjenama Celine bergayut pada lengan kiri Ivelle, gadis itu melangkah dengan anggun menuju kearah kedai yang tadi dia sebut.

Ivelle Benjamin | OGWhere stories live. Discover now