BAB 4 🌼

26 6 7
                                    

          DI ruang tamu rumah keluarga Ivelle, suasana terasa sedikit tegang tetapi hangat. Ershan, ditemani isterinya, duduk berhadapan dengan Mama dan Papa Ivelle di sofa.

Di sebelah Ershan, Aslan duduk dengan tenang. Tiada riak gementar di wajahnya. Maklum lah, dia sudah terbiasa dengan sesi risik-merisik ini.

Aslan hanya duduk dengan tenang dan membiarkan abangnya saja yang bertindak sebagai ketua keluarga Benjamin.

Sebaik saja mereka sampai tadi, Puan Hanisha langsung mempelawa mereka masuk. Ivelle, disuruh mamanya untuk terus ke bilik sebaik saja mereka memasuki ruang tamu.

"Terima kasih kerana sudi menerima kedatangan kami pagi ini," Ershan memulakan, suaranya tenang dan berwibawa. Dia memandang wajah encik Ahmad dan puan Hanisha dengan penuh hormat sebelum menyambung, "Saya datang bersama isteri dan adik saya, Aslan, dengan tujuan yang sangat penting."

Puan Hanisha tersenyum mesra, sambil mencuri pandang ke arah suaminya, encik Ahmad, yang turut mengangguk sebagai tanda memahami. "Kami berbesar hati menerima kehadiran kalian. Apa hajatnya, Ershan?" 

Ershan menarik nafas dalam sebelum meluahkan hajatnya. "Saya mewakili Aslan dan keluarga kami untuk merisik Ivelle. Ya...walaupun mereka baru saja berjumpa beberapa hari yang lepas. Tetapi, Aslan nampaknya menaruh hati pada Ivelle sejak hari itu. kami ingin bertanya kepada kalian sebagai orang tuanya, adakah kalian merestui hubungan ini?"

Aslan memandang Ershan. Sudah agak kalau abangnya itu sengaja mengatakan bahwa dialah yang menaruh hati pada Ivelle, sedangkan hal itu tidak terjadi.

Encik Ahmad, yang selama ini mendengar perbualan mereka dengan tenang, kini memandang Ershan dengan penuh perhatian. "Ini satu hal yang sangat serius, Ershan," katanya, suaranya perlahan tetapi tegas.

"Aslan, betul ke kamu menaruh hati pada Ivelle? Dia satu-satunya anak perempuan saya. Kalau kamu hanya ingin mempermainkan anak saya, sebaiknya lupakan soal niat kamu yang ingin merisik Ivelle." Kata-kata encik Ahmad membuatkan Aslan akhirnya harus berfikir dengan keras apa yang harus dia jawab.

Aslan memperbaiki caranya duduk dan menarik nafas perlahan. Wajah yang menunjukkan karisma itu, menatap wajah berkedut milik encik Ahmad yang sedang menunggu jawapan daripadanya.

"Saya pernah gagal dalam rumah tangga saya sebelum ini. Saya gagal melindungi orang yang sayacintai, sehingga dia pergi meninggalkan saya selamanya. Saya tidak minta banyak dari encik. Kali ini, saya berharap... bukan. Saya pasti akan membina sekali lagi rumah tangga yang kuat bersama dengan Ivelle," ucap Aslan.

"Macam mana perkahwinan pertama kamu boleh gagal? Adakah disebabkan kamu bermasalah? Atau isteri kamu yang bermasalah? Saya tak mampu memberi jawapan yang tepat, untuk menyerahkan anak perempuan saya pada kamu, kalau memang kamu yang bermasalah. Macam mana kalau rumah tangga anak saya juga gagal? Tidak ada ayah yang bersedia melihat itu terjadi pada anaknya." Encik Ahmad ragu dengan apa yang dikatakan Aslan tadi.

Aslan tersenyum kecil. "Bukan kerana masalah."

Puan Hanisha dan encik Ahmad saling berpandangan kemudian mengerutkan dahi memandakan tidak faham dengan apa yang Aslan katakan.

"Saya menjadi duda, bukan kerana isteri saya larikan diri atau kami bercerai. Tapi, arwah isteri saya meninggal bersama dengan anak kami kerana terjadinya kemalangan langgar lari."

Kedua wajah orang tua Ivelle langsung pucat. Rasa bersalah pula kerana menanyakan hal sensitif itu kepada Aslan.

"Saya minta maaf," ucap encik Ahmad dengan rasa bersalah.

"Tidak mengapa. Itu sudah berlalu sepuluh tahun yang lalu," jawab Aslan dengan tenang.

"Kalau puan dan tuan masih keberatan dengan hajat kami, tidak mengapa. Kami tidak akan ambil hati jika puan dan tuan menolak. Lagipula, itu hak puan dan tuan sebagai orang tua," ucap Ershan dengan menampilkan wajah tenang.

Ivelle Benjamin | OGWhere stories live. Discover now