BAB 12 🌺

20 3 1
                                    

          "MOMMY! Tolong Damian pakai neck tie please!"

"Budak ni...dah besar panjang pun, belum pandai pakai neck tie." Natasha melangkah kearah bilik anak lelakinya.

"Sayang! Tolong abang pakai neck tie please!" jerit seseorang lagi dari arah bilik yang lain.

"Ya Allah...korang berdua ni dah kenapa? Satu dah besar panjang, satu lagi dah tua keriput. Itupun belum pandai pakai neck tie ke?" ucap Natasha sambil menggeleng kepala dan membantu Damian memasangkan neck tie sekolah.

"Sayang, pakaikan untuk abang dulu," ucap si suami sembari melangkah ke dalam bilik tidur anak sulungnya itu.

"No! Me first!"

"Hey, I'm her husband, not you. Sayang pakaikan untuk abang dulu." Tidak mau mengalah, Ershan pun mula mendekati keduanya.

"Mana boleh macam tu daddy. Damian lah dulu tadi. Kena lah ikut giliran," kata Damian sambil memeluk tubuh ibunya.

"Mengalah lah dengan orang tua. Daddy ni orang yang penting dalam hidup mommy lah," sama juga dengan Ershan yang tidak mau mengalah.

"Ershan Benjamin! Damian Benjamin! Please stop it!" 

Pening kepala Natasha dibuat oleh kedua manusia yang satu sebagai suaminya, satu lagi sebagai anaknya ini.

"Tangan mommy cuma ada dua je. Tolong lah menunggu dengan sabar," katanya sambil memasang tali leher untuk Damian.

Damian menjelirkan lidahnya. Sebagai tanda dia menang dari Ershan.

"Fine! I boleh pakai sendiri." Ershan memutarkan badannya lalu melangkah keluar dari bilik tidur Damian.

Ya Allah...apalah dugaan aku dapat suami yang cepat merajuk macam dia tu. Natasha hanya mampu menggelengkan kepalanya, pening dengan sikap suaminya yang selalu saja tidak ingin mengalah dengan anak mereka sendiri.

Hanya memerlukan beberapa saat, akhirnya misi memasang tali leher untuk Damian akhirnya selesai.

"Thanks mommy. I love you so much..." ucap Damian lalu memeluk tubuh Natasha lalu dikecupnya dahi Natasha dengan sayang.

"Yelah. Damian turun dulu tau. Sarapan, lepas tu nanti terus ke sekolah. Tak payah tunggu daddy kamu. Nanti lambat pula kamu ke sekolah kalau menunggu daddy," kata Natasha sambil tangannya meraih beg sekolah milik anaknya lalu diberikan kepada Damian.

"Okay mommy. Damian turun dulu," kata Damian lalu melangkah keluar bersama Natasha.

Natasha berjalan ke arah bilik tidurnya dan Ershan. Pintu bilik dibuka, dan terlihat Ershan yang sedang berdiri dihadapan cermin sembari berusaha untuk memakai tali leher.

Natasha sekali lagi menggeleng perlahan saat melihat ikatan tali leher yang tidak menjadi milik suaminya.

"Ershan, pandang saya. Biar saya yang pakaikan untuk awak," ucap Natasha yang kini berada dibelakang Ershan.

"Tak payah. Abang dah buat dah," ucap Ershan lalu memutarkan badannya kini berhadapan dengan Natasha.

Natasha ketawa kecil melihat ikatan yang suaminya buat. Ini bukan pakai tali leher dah ni, sudah seperti ikatan mahu bunuh diri pula Natasha melihatnya.

"Tak payah nak ego sangat. Sini, saya yang pakaikan." Tangan Natasha mula membuka kembali ikatan itu lalu mula sekali lagi untuk mengikat tali leher suaminya.

"Nah...kan dah cantik. Ikatan yang tadi tu macam nak bunuh diri dah saya tengok," Natasha berusaha menahan tawanya.

Beginilah nasib Natasha. Ada suami, bila di tempat kerja, tegas dia bukan main lagi. Mengalahkan singa jantan. Tapi bila dekat rumah, manja mengalahkan anak kecil yang berumur dua tahun pun ada.

Ivelle Benjamin | OGWhere stories live. Discover now