BAB 7 🌼

23 5 2
                                    

          25 SEPTEMBER 2024

          Sebulan kemudian...

Segala persiapan untuk majlis perkahwinan Ivelle dan Aslan akhirnya selesai dalam tempoh masa sebulan pertunangan mereka.

Majlis perkahwinan Ivelle dan Aslan berlangsung dengan begitu meriah dan mewah, diadakan di sebuah dewan besar yang dihiasi dengan bunga-bunga indah dan lampu-lampu kristal yang memancarkan cahaya lembut.

Para tetamu terpukau dengan dekorasi yang mempersona, tetapi yang lebih mencuri perhatian adalah pasangan pengantin itu sendiri.

Ivelle, gaun perkahwinan yang elegan, kelihatan begitu anggun. Gaun putihnya yang bersulam dengan kemas, menonjolkan kejelitaan wajahnya. Wajahnya berseri, dan matanya memancarkan kebahagiaan yang tidak dapat disembunyikan.

Aslan, di sisi lain, tampak begitu kacak dalam sut hitam yang terjahit rapi, memperlihatkan pesonanya yang tersendiri. Sut hitam yang dipakainya, menunjukkan bahwa dia seorang konglomerat.

Suasana menjadi sunyi sejenak ketika majlis akad nikah dimulai. Semua mata tertumpu pada Aslan yang duduk di hadapan tok kadi, sementara Ivelle menunggu dengan senyuman yang tampak berlagak.

Seolah-olah mengisyaratkan bahawa dia berada di atas semua orang di sekelilingnya. Bibirnya melengkung sempurna, tetapi di sebalik kelembutan itu, ada kilauan sinis di matanya, seperti dia tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu.

"Sudah bersedia?" soal tok kadi.

Aslan hanya menjawab dengan menganggukan kepala. Kemudian, tok kadi dan Aslan saling berjabat tangan.

"Aslan Benjamin bin Arshad Benjamin, aku nikahkan engkau dengan Ivelle Humaira binti Ahmad Iskandar dengan mas kahwin sebanyak RM34,000 tunai."

"Aku terima nikahnya Ivelle Humaira binti Ahmad Iskandar dengan mas kahwin sebanyak RM34, 000 tunai." Tanpa ada rasa gugup bahkan gementar, Aslan akhirnya berjaya menjadikan Ivelle sebagai isterinya hanya dengan sekali lafaz.

Seketika itu, suasana sunyi menjadi riuh rendah dengan ucapan syukur dan tahniah. Kadi kemudian menundukkan kepala dan mengangkat kedua tangan, memulakan doa.

Tepukan gemuruh dan suara takbir bergema, menandakan termeterainya sebuah ikatan suci antara Aslan dan Ivelle.

"Anak mama dah jadi isteri orang dah," ucap puan Hanisha dengan nada berbisik.

Perlahan puan Hanisha menyeka air mata yang jatuh dari kelopak matanya dan tersenyum haru.

Tiada kata yang mampu Ivelle katakan. Matanya hanya memandang susuk Aslan yang masih duduk dihadapan tok kadi.

Jujur, Ivelle sedikit berdebar tadi. Majlis perkahwinan yang mewah dan megah ini, memang impian Ivelle dari dulu. Hanya saja satu kekurangannya, dia menikah dengan orang yang langsung tidak dia cintai.

Tapi tak apa. Asalkan aku dapat hidup bahagia dan tenang. Selama tak hidup susah, aku akan jadi isteri yang 'terbaik' untuk si duda itu. Ivelle tersenyum saat kamera diarahkan padanya.

Senyumannya menunjukkan, kau boleh jadi macam aku? Tak boleh, kan? Heleh...lemah. This is Ivelle Humaira. Senyumannya begitu meremehkan.

Sampaikan juru kamera perempuan itu saja terasa dengan senyumannya. Seolah perempuan itu baca apa yang ada didalam isi kepala Ivelle. Setelah mengambil gambar pengantin perempuan, juru kamera itu langsung pergi dan beralih ke bahagian belakang.

Aslan bangkit dari duduknya, melangkah kearah Ivelle yang sedang duduk di pelamin dengan senyuman lembut.

Cincin diberikan kepada Aslan, tangannya meraih cincin itu lalu diambilnya pula tangan Ivelle.

Ivelle Benjamin | OGWhere stories live. Discover now